Viral
5 Perkara Unik Tentang Beli-Belah Atas Trak Pertama Di Malaysia Fashion On Wheels
Tak perlu lagi bersusah-payah untuk mencari baju raya kerana trak fesyen dan aksesori akan datang sendiri ke tempat anda!
Fashion On Wheels, kali pertama diperkenalkan di Malaysia dan menempatkan pelbagai jenama fesyen terkenal tempatan.
Antaranya Minaz, Locka, Jannah Noe, Fatin Suhana, Syafiqah Aina RTW, NSA Beau dan ramai lagi.
Sempena pelancaran Fashion On Wheels di Taman Botani, Kuala Lumpur baru-baru ini, satu pertunjukan fesyen turut berlangsung dengan meriah.
Jadi, kami senaraikan 5 perkara menarik tentang trak beli-belah pertama Malaysia, Fashion On Wheels.
1. Idea ini diasaskan oleh Lenny Farina Hazree mengambil inspirasi daripada modul jualan dari luar negara.
2. 15 usahawan tempatan terkenal terbabit untuk jualan fesyen dan aksesori termasuk Cipella Shoes, Rumah Manik, Ravaka, Mumu Scarf, Seribella, Keizaer Scarf, Shawl Publika, Jelitasara, Victoria Sloane, Scarfeya, Catleya dan Jameqha.
3. 12 lokasi terpilih akan disinggah oleh Fashion On Wheels antaranya Menara Surian, Menara TM, Pusat Konvensyen Shah Alam dan Putrajaya bermula 21 Mei.
Waktu operasi Fashion On Wheels pula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam bergantung pada lokasi.
4. Harga produk yang dijual di Fashion On Wheels antara RM69 ke atas.
5. Fashion On Wheels menyediakan kemudahan bilik mencuba pakaian dan pembayaran menerusi kad debit atau kredit.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fowheel18
Must-Watch Video