Sinonim dengan rekaan busana golongan elitis, pereka fesyen tempatan Datuk Radzuan Radziwill tampil dengan rekaan pelitup muka sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun ini.

BACA: "Boleh Buat Kenang-Kenangan" - Cantiknya Pelitup Muka Datuk Radzuan Radziwill Special Edition Ni!

Menyahut seruan kerajaan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam, Radzuan akui penghasilan pelitup muka itu demi manfaat umum.

Gempak senaraikan lima sebab Merdeka Mask Radzuan Radziwill x Gempak ini perlu anda miliki dengan segera.

1. Rekaan cantik

Radzuan menampilkan dua rekaan Jalur Gemilang daripada motif batik dan tie dye untuk koleksi edisi khas pelitup mukanya.

Jadi, anda boleh menggayakan mana-mana corak kegemaran dan dipadankan dengan pakaian anda sebelum keluar rumah.

Memang unik dan lain daripada lain.

Patik berbesar hati Kebawah Duli Tuanku sudi mengayakan Merdeka Face Mask Radzuan Radziwill. Tuanku Permaisuri siap buat sendiri extension mask tu comel kan ??? Junjung Kasih Tuanku ?? : #GempakxRadzuanRadziwill #merdekamask #gempakXradzuanradziwill #KitaTeguhKitaMenang #walkthetalk #meRRdekamask

A post shared by RADZUAN RADZIWILL (@radzuanradziwill) on


2. Jalur Gemilang

Berinspirasikan Jalur Gemilang, pastinya pelitup muka Radzuan Radziwill ini tersendiri dan lari daripada kebiasaan pelitup muka di pasaran.

Tambah bersemangat apabila anda menggayakan pelitup muka bercorak Jalur Gemilang ketika bulan kemerdekaan negara ketika ini.

3. Fabrik selesa

Radzuan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua lapisan fabrik.

Malah, anda boleh menukarkan penapis jenis non woven yang turut disertakan sekali dengan setiap pek pembelian.

4. Aksesori

Bagi yang berhijab, jangan risau kerana pelitup muka ini disertakan sekali dengan mask extender yang tertera jenama RR pada permukaannya.

5. Murah

Setiap satu pelitup muka Radzuan Radziwill x Gempak ini dijual dengan harga serendah RM20.

Namun, anda boleh membeli pelitup muka edisi khas ini dengan harga kombo iaitu RM35 untuk dua corak! Murahkan?

RadzuanRadziwill X GEMPAK Merdeka Mask Available at www.radzuanradziwill.com ?? @astrogempak @radzuanradziwillofficial #merdekamask #gempakXradzuanradziwill #KitaTeguhKitaMenang #walkthetalk #meRRdekamask

A post shared by RADZUAN RADZIWILL (@radzuanradziwill) on


Dan, semestinya pelitup muka ini unik kerana ia dari pereka fesyen tersohor Radzuan Radziwill! Semua nak pakai hasil sentuhan beliau!