Laman Utama

5 Sebab Kenapa Nuha & Naufal Nyanyi Balik Lagu Jika Melly Goeslaw Dalam Versi Bahasa Arab!

Amri Hassan
15/10/2022
12:39 MYT
Selepas ledakan lagu viral Casablanca, penyanyi Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus mengorak langkah di Indonesia.
Terbaharu, kedua-duanya muncul dengan lagu nyanyian semula Jika yang pernah dipopularkan oleh komposer dan penyanyi tersohor Melly Goeslaw.
Menariknya, lagu yang sudah berusia 23 tahun itu dinyanyikan dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Arab.
Semak 5 fakta menarik tentang pemilihan lagu Jika oleh Nuha dan Naufal!

1. Hadiah atas sokongan peminat

Sokongan diberikan peminat dari dua negara adalah peluang terbaik buat dirinya untuk terus melangkah jauh dalam bidang nyanyian.
"Sebagai seorang artis yang baharu dalam industri muzik ini dan mendapat sokongan daripada orang Malaysia dan Indonesia, bagi saya ia satu peluang serta rezeki besar yang Allah bagi, Alhamdulillah.
"Saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah bagi buat saya dan Naufal ketika ini. Sebenarnya memang tak sangka tapi ini adalah perkara yang saya impikan dan saya dapat capai.
"Sokongan daripada peminat Indonesia sama saja seperti mana peminat tanah air. Itu adalah perkara sukar untuk dapat. Jadi, untuk sampai ke tahap ini saya sangat bersyukur," katanya.

2. Impian, membesar dengan lagu Melly Goeslaw

Menurut Nuha, dipilih untuk merakamkan lagu ciptaan dan nyanyian Melly Goeslaw juga satu impian yang tercapai.
"Ini adalah impian saya yang dapat dipenuhi sebab ia Melly Goeslaw. Dia seorang yang sangat besar dalam industri muzik Indonesia. Malah di Malaysia dia juga sangat dikenali.
"Saya membesar dengan mendengar lagu dia. Jadi, kadang-kadang saya macam tak percaya. Dia juga sangat menyokong saya dan Naufal untuk lagu ini.
"Saya sangat menghormatinya sebab dia seorang legenda yang sangat merendah diri dan sentiasa memberikan sokongan.
"Kami mendapat sokongan dia juga untuk lagu Jika ini dan saya rasa ini adalah rezeki besar yang Allah bagi. Saya masih lagi rasa tak percaya, ia macam mimpi.
"Keluarga saya jugalah yang buatkan saya kenal dengan Melly Goeslaw punya lagu. Pendek kata, memang mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat gembira bila dia pun suka dengan versi lagu ini," katanya.

3. 'Jika' lagu evergreen & sedap!

Pengarah Beegood Music, Amir Arshad berkata, pihaknya memilih lagu Jika kerana ia lagu malar segar yang terus menjadi siulan biarpun sudah berubah zaman.
"Kenapa memilih lagu Jika sebab lagu ini memang ‘evergreen’ dan sedap. Ia sentiasa dinyanyikan oleh semua lapisan peringkat umur dan juga kita ingin menceburi pasaran muzik Indonesia.
"Melly Goeslaw penyanyi Indonesia yang legenda dengan karya yang sangat diterima masyarakat di sana termasuk di sini. Selepas itu kami berbincang dan bersetuju dengan lagu Jika. Kerjasama ini membabitkan Beegood Music (Malaysia) dan Alfa Records (Indonesia)," katanya.

4. Melly Goeslaw sendiri restu

Menurut Amir, Melly terlebih dahulu maklum berkenaan kerjasama dan projek yang dijalankan ini selain memuji hasil rakaman versi baharu Jika.
"Melly sudah dimaklumkan lebih awal mengenai projek ini sebab kita nak mendapatkan ‘rights’ dan izin daripada pihak Melly. Dia juga sudah mendengar versi ini sebelum ia dilancarkan lagi.
"Alhamdulillah, Melly sangat suka dan memuji versi ini. Malah, dia juga sudi membantu untuk mempromosikan lagu ini di Instagram miliknya," katanya.

5. Aura Nuha & Naufal kena dengan lagu Jika

Kedua mereka sudah mempunyai aura dan keserasian yang baik selepas lagu Casablanca selain memiliki peminat yang ramai di Indonesia.
"Di Indonesia mereka sudah ada aura tersendiri sejak lagu Casablanca lagi. Jadi, untuk menyemarakkan lagi aura mereka di Malaysia dan Indonesia, itu sebab kita memilih dan menggabungkan mereka sekali lagi.
"Apatah lagi, lagu Jika ini sangat popular di Indonesia, sedikit sebanyak akan memberi peluang yang lebih besar kepada mereka," tambah Amir.

6. Melly Goeslaw puji okey!

Dalam pada itu, empunya lagu, Melly Goeslaw memuji hasil versi baharu lagu Jika.
BACA: Melly Goeslaw Terharu Nuha & Naufal Nyanyi Balik Lagu 'Jika' Versi Bahasa Arab! - "Masya-Allah Indah Sekali"
"Terima kasih kerana memberikan sentuhan dan versi yang hebat untuk lagu saya. Saya berharap versi baharu Jika ini berjaya mencipta rekod dalam sejarah industri muzik.
"Masya-Allah, biarpun usia lagu ini sudah 23 tahun, ia diberikan nafas baru lagi oleh Nuha dan Naufal dan hasilnya indah sekali.
"Terima kasih buat semua peminat dan pengkarya di Malaysia yang mengagumi lagu-lagu saya. Ini membuatkan saya tidak sabar untuk beraksi di Malaysia kelak, insya-Allah," katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pilih Hotel Mewah Di Bangkok, Enggan Staf Bancuh Teh, Wanita Racun 5 Rakan Sebelum Bunuh Diri

gempak
18/07/2024
18:40 MYT
Seorang wanita berusia 56 tahun ditemui maut bersama lima rakan di bilik sebuah hotel mewah di Bangkok, Thailand dalam satu insiden yang menggemparkan.
Hiburan

Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

gempak
18/07/2024
14:50 MYT
Idola K Pop Kim Jaejoong mendedahkan dirinya adalah anak angkat yang diambil sejak kecil dan mempunyai lapan orang kakak dari keluarga tersebut.
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Hiburan

Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"

gempak
18/07/2024
07:50 MYT
Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Fikry Kiki menafikan tuduhan segelintir pihak mendakwa dirinya dibela oleh 'sugar mummy'.