LAMAN UTAMA
5 Selebriti Hollywood Obses Kucing… Wow Nama Kucing Taylor Swift Macam Nama Orang!
Kucing merupakan antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan haiwan kesayangan.
Tidak hanya individu biasa, golongan selebriti juga turut tidak ketinggalan memelihara haiwan comel ini sebagai peneman tatkala berada di rumah.
Ingin tahu barisan selebriti yang begitu obses dengan kucing dan bagaimana mereka melayan ‘anak bulus’ mereka? Jom semak senarai ini:
Taylor Swift

Penyanyi popular Taylor Swift memang cukup terkenal dengan minatnya terhadap kucing. Justeru, tidak hairan jika dua kucing peliharaannya, Meredith Gray dan Olivia Benson turut sama meraih populariti seperti dirinya. Pada April 2019, Taylor berkata, faktor paling berpengaruh dalam hidupnya adalah memeluk kucing. Taylor turut memelihara seekor lagi kucing bernama Benjamin Button yang diberikan kepadanya ketika menjalani penggambaran klip video Me!.
Martha Stewart

Jennifer Lopez

Siapa sangka, penyanyi dan pelakon berusia 52 tahun ini juga merupakan seorang pencinta kucing! Baru-baru ini, menerusi perkongsian di media sosial, Jennifer yang turut popular dengan panggilan JLO berkongsi video kucing baharunya. “Memperkenalkan, Hendrix!” tulisnya ringkas.
Bella Thorne

Menurut pelakon Bella Thorne, kucing kesayangannya, Louis dan Lola tahu jika dia sedang bersedih. “Jika saya sedang menangis, mereka akan datang kepada saya dan duduk dekat dengan saya. Mereka tahu saya sedang alami hari yang buruk. Kelakuan mereka itu membuatkan saya rasa lebih baik,” katanya.
Katy Perry

Katy Perry juga antara selebriti yang cukup terkenal sebagai individu yang sayangkan kucing. Hal ini dibuktikan apabila kucing kesayangannya, Kitty Purry turut muncul dalam klip video single debutnya, I Kissed A Girl pada 2008. Namun, Kitty Purry tidak selamanya bersama Katy. Pada 2014, kucing kesayangannya itu pergi meninggalkan Katy buat selamanya.

Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia? Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi. Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Must-Watch Video