gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Selepas 16 Tahun, Dadali Umum Bakal Hasilkan Filem ‘Sebuah Kisah’
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Rayme, Aril Eles Rampas Kembali Kedudukan The Five! Perjalanan Khalyn & Faysal Saad Terhenti Di Minggu Ketiga
SUKAN
500 Pelumba Cilik Serikan M8 Langkawi Runbike 2025, Saingan Antarabangsa Makin Sengit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

SUKAN

500 Pelumba Cilik Serikan M8 Langkawi Runbike 2025, Saingan Antarabangsa Makin Sengit

Amri Hassan
Amri Hassan
06/07/2025
14:49 MYT
Sponsor Banner
500 Pelumba Cilik Serikan M8 Langkawi Runbike 2025, Saingan Antarabangsa Makin Sengit
Kejohanan M8 Langkawi International Runbike Championship 2025 yang berlangsung selama tiga hari menyaksikan lebih 500 pelumba cilik berentap, termasuk penyertaan 100 peserta dari Thailand, Indonesia dan Singapura, sekali gus mencatat rekod persaingan paling kompetitif sejak ia mula dianjurkan.
Menurut Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli, edisi kali ini memperlihatkan kebangkitan pelumba muda Asia Tenggara dengan barisan tempatan turut mencuri perhatian dalam setiap kategori.
“Setiap negara membawa pelumba terbaik mereka. Tahun ini medan paling penting untuk buktikan siapa paling laju dalam dunia pushbike Asia Tenggara,” katanya.
Antara nama yang dijangka mencuri tumpuan ialah Maleeq Dragster, satu-satunya pelumba Malaysia pernah menjuarai kejohanan pushbike di Jepun.
Dengan rekod cemerlang di Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura, Maleeq menjadi calon pilihan dalam kategori terbuka tahun ini, bersama pelumba handalan lain seperti Horbint (Thailand) dan Adrian (Singapura).
Dalam kalangan pelumba perempuan, Wan Adra Mikayla muncul sebagai juara bertahan yang kembali mempertahankan gelaran. Menariknya, Mikayla turut mencipta sejarah apabila memenangi RCB Minimoto Championship 2025, menjadikan beliau antara atlet cilik paling versatil. Selain itu, Mikayla kini aktif sebagai pelakon dengan tiga drama siaran serentak: Dzikir, Budak-budak Pushbike, dan Hilang Kasyorga.
Turut diberi perhatian ialah Mikael, pelumba muda berumur 7 tahun yang menunjukkan potensi besar dalam kategori 2017, selain aktif dalam perlumbaan motosikal.
Lebih daripada sekadar sukan, Wan Mohd Muzri berkata penganjuran kejohanan ini memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.
“Kejohanan ini tarik kehadiran pelumba dan keluarga dari pelbagai negara yang bukan saja bertanding, tapi turut melancong. Ini lonjakkan sektor pelancongan dan ekonomi Langkawi. Pengusaha kereta sewa, hotel, restoran dan penjaja semuanya merasai manfaat,” jelasnya.
Kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama erat dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan sokongan LADA, KBS, KPM dan PKBM.
Beliau turut menegaskan kejohanan seperti ini mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu dari peringkat akar umbi dan menjadikan Langkawi destinasi utama pelancongan sukan lasak dan kekeluargaan di rantau ini.
Topic Berkaitan
#Sukan
#Langkawi
#Antarabangsa
#Runbike
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement