gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

6 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah 'Expired'

gempak
Syafiqah Jalal
22/03/2017
15:02 MYT
Sponsor Banner
6 Makanan Yang Masih Boleh Dimakan Walaupun Telah 'Expired'
Kebiasaannya ramai di antara kita akan mengalami masalah makanan tamat tempoh atau expired, lebih-lebih lagi golongan remaja yang masih bujang kan?
Tahukah anda bahawa tidak semua makanan yang telah luput tarikh itu perlu dibuang dan tidak boleh dimakan.
Di sini kami kongsikan makanan yang telah tamat tempoh, tetapi masih boleh dimakan dan tidak perlu membazir.
1. Keju Jika terdapat keju yang telah luput tarikh di rumah anda dan dilihat terdapat kulat pada bahagian permukaan keju tersebut, anda hanya perlu buang bahagian yang rosak tu dan bahagian selebihnya masih lagi boleh dimakan.
2. Pasta Pasta dikatakan boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Ianya boleh bertahan lebih lama sekiranya bahan tersebut tidak mengandungi air. Pasta yang sudah dimasak juga boleh bertahan selama tiga minggu sekiranya tidak terkena air.
3. Roti Mungkin ramai di antara kita yang tahu tentang roti yang telah tamat tempoh, namun sekiranya ia tidak berkulat dan masih kelihatan elok dan tidak berbau masam, ianya selamat untuk dimakan.
4. Yogurt Yogurt yang telah tamat tempoh tetapi masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk, masih boleh dimakan selepas satu hingga dua minggu dari tarikh luput yang tertera pada yogurt tersebut.
5. Coklat Pasti ramai penggemar manisan ini pernah mengalami masalah tarikh luput pada coklat kan? Kebiasaannya akan muncul lapisan putih pada permukaan coklat. Lapisan putih yang terdapat pada coklat itu bukan kulat. Ia sebenarnya dipanggil chocolate bloom yang terhasil dari gula ataupun lemak. Ianya selamat untuk dimakan jika anda disimpan di dalam suhu sejuk beku.
6. Bijirin Kalau anda simpan cereal atau bijirin di tempat yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari, ianya masih boleh dimakan dalam tempoh sebulan dari tarikh luput yang dinyatakan.
Sumber : Sajakongsi.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
#Gaya Hidup
#Tips
Must-Watch Video