Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

6 Pelajar Malaysia Cipta Rekod Menang Pingat Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa!

Awani
21/07/2024 04:55 MYT
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia yang berlangsung di United Kingdom (UK).

BERITA TRENDING: Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”

Perkara itu dimaklumkan Olimpiad Matematik Malaysia menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Ivan Chan Guan Yu dan Wong Jer Ren merangkul pingat perak sementara Daryl Lee Ker Ru, Leia Mayssa Masyerin, Tan Min Heng dan Loh Kwong Weng memenangi pingat gangsa pada pertandingan itu.

"Tahniah kepada kesemua pemenang. Ini merupakan kali pertama kesemua peserta dalam pasukan memenangi pingat dan menyelesaikan P1 dan P4," ujarnya.



Dalam perkongsian sama, Olimpiad Matematik Malaysia turut memaklumkan Malaysia menduduki tempat kedua dan juga sebaris dengan Vietnam dalam kalangan negara-negara ASEAN, mendepani kedudukan Singapura.

Dengan kejayaan itu, katanya, Malaysia meraih kedudukan ke-33 daripada 117 negara yang mengambil bahagian.

Menurutnya, majlis penyampaian pingat akan berlangsung pada majlis penutupan The Forum, Bath UK pukul 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Ahad.

BERITA TRENDING: Si Genius Matematik Kini Bergelar Suami… Adi Putra Hadiahkan Isteri Wang Hantaran RM9,999,99

BERITA TRENDING: Rotan Anak Gagal Jawab Soalan Matematik, Peniaga Nasi Lemak Didenda RM10,000

BERITA TRENDING: Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”


Sumber: Awani
#Viral #Malaysia #Dunia #Matematik #UK #Pingat #Olimpiad