Advertorial
6 Tempat Yang Perlu Anda Kunjungi Di Xi’an China
Dikenali sebagai salah satu bandar tertua dia negara China, Xi’an kini mendapat perhatian ramai pengunjung dari Malaysia khususnya yang beragama Islam bukan hanya kerana sejarahnya yang pernah menjadi titik permulaan Silk Road atau tempat tersimpannya patung-patung tentera Terracotta yang berasal dari maharaja Qin Shi Huang tetapi ia juga terkenal dengan kewujudan komuniti muslim di sini sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi syurga makanan.
Saya berpeluang ke Xi’an, iaitu ibu kota pertama China, untuk melihat sendiri keindahan bandar ini. Daripada tinggalan arkeologi, budaya serta tarikan alam semula jadi, berikut merupakan tempat-tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Xi’an.
TERRACOTTA ARMY MUSEUM
Tempat pertama yang perlu anda pergi ialah Terracotta Army, juga dikenali sebagai “Terracotta Warriors and Horses”. Jejalah anda di Xi’an tak akan lengkap jika anda tak ke sini.
Muzium ini mempamerkan kira-kira 8,000 patung pahlawan, kereta kuda, pegawai, ahli muzik dan sebagainya. Patung-patung ini wujud selepas maharaja pertama Qin mengarahkan orang-orangnya untuk membuat patung-patung tersebut sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka melindungi beliau dan yang lain.
Selepas penemuan patung-patung Terraccota pada tahun 1974 oleh beberapa petani tempatan, ia kini menjadi salah satu tapak yang wajib dilawati oleh setiap pengunjung yang datang ke Xi’an.
MOUNT HUA
Jika anda seorang yang suka aktiviti mencabar, Gunung Hua semestinya tempat wajib anda masukkan dalam itinerari.
Ramai yang tanya “Ada ke tarikan alam semula jadi atau aktiviti outdoor di Xi’an?”. Ye la, ingatkan ada muzium dan tapak sejarah je tapi sebenarnya boleh juga teroka alam semula jadi sambil melakukan aktiviti mencabar.
Tahukah anda bahawa Gunung Hua terkenal sebagai antara salah satu gunung yang mencabar di dunia? Betul. Ramai ke sini untuk merasai pengalaman tersebut. Gunung Hua mempunyai 5 puncak dan puncak tertinggi ialah South Peak iaitu berketinggian sekitar 2,154.9 meter atas paras laut.
Kalau anda nak lebih mencabar, boleh cuba The Plank Walk iaitu aktiviti berjalan di atas permukaan kayu yang terletak di bahagian tepi gunung. Siap sedia untuk menjamu mata anda dengan pemandangan indah di sekeliling gunung ini.
BELL & DRUM TOWER
Terkenal sebagai ‘Sister Buildings’, Bell and Drum Tower merupakan salah satu mercu tanda terpenting di Xi’an. Kedua-dua menara ini mempunyai fungsinya tersendiri. Semasa zaman Yuan Dynasty, dram digunakan sebagai isyarat masa atau penggera jika terdapat sebarang kecemasan.
Kini, kedua-dua ini berdiri megah sebagai tarikan buat para pengunjung. Jika anda mempunyai masa lebih, pastikan anda naik ke salah satu menara ini untuk menikmati pemandangan panorama bandar Xi’an. Waktu terbaik untuk ke sini sudah tentulah ketika matahari terbenam!
MUSLIM QUARTER
Kalau tanya orang ramai kenapa mereka suka datang ke Xi’an, pasti ramai yang jawab sebab Muslim Quarter kerana boleh menikmati pelbagai jenis makanan halal.
Tahukah anda bahawa terdapat populasi muslim yang tinggal di Xi’an dan kebanyakkan mereka tinggal di kawasan yang dipanggil Muslim Quarter? Ya, ini kerana Xi’an merupakan titik permulaan Silk Road yang menyebabkan pertemuan antara orang Arab dan orang tempatan di sini. Terletak berdekatan dengan Bell & Drum Tower, Muslim Quarter menerima kunjungan orang ramai tidak kira siang atau malam.
Apa yang menarik di sini? Anda boleh merasai pelbagai makanan terkenal di Xi’an seperti roujiamo iaitu daging lembu dihidang bersama roti, yangrou paomo iaitu roti yang dipotong kecil-kecil dihidang dalam sup kambing dan banyak lagi. Pastikan anda datang ke sini dengan perut kosong!
XIAN GREAT MOSQUE
Muslim Quarter bukan sahaja terkenal dengan makanan halal tetapi ia juga dikenali sebagai tempat di mana terletaknya bangunan bersejarah seperti Hanguang Gate (Tang Dynasty), Xicheng Gate Tower Cluster (Ming Dynasty) dan Xi’an Grand Mosque iaitu masjid tertua dan terbesar di China.
Menariknya tentang masjid ini ialah seni reka bangunannya yang unik iaitu campuran antara elemen tradisional Islam dan Chinese. Jika anda tengok secara teliti bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar masjid ini, anda akan lihat kaligrafi Chinese dan juga Arabic.
Masjid ini juga dibuka kepada para pengunjung bukan beragama Islam. Terdapat beberapa kawasan seperti ruang sembahyang hanya untuk mereka yang beragama Islam. Anda boleh datang ke sini pada waktu tertentu untuk melihat mereka menunaikan solat fardhu.
WILD GOOSE PAGODA
Tersenarai sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site, The Big Wild Goose Pagoda atau Dayan Pagoda merupakan bangunan bersejarah dan juga tempat suci bagi umat Buddha. Ia dibina pada 652 oleh Emperor Gaozong bagi Tang Dynasty untuk menyimpan penulisan dan barangan Buddha yang dibawa dari India.
Ramai para pengunjung datang ke sini untuk melihat seni reka Wild Goose Pagoda sekaligus menikmati pemandangan bandar dari tingkat atas pagoda ini.
XI’AN CITY WALL
Akhir sekali, pastikan anda singgah ke Xi’an City Wall. Dibina pada tahun 1370, Xi’an City Wall dikatakan merupakan salah satu sistem pertahanan tentera kuno terbesar di dunia. Ia mempunyai empat pintu utama iaitu Changle Gate (Timur), Anding Gate (Barat), Yongning Gate (Selatan) dan Anyuan Gate (Utara). Pintu utama yang paling popular ialah Yongning Gate.
Anda boleh sewa basikal untuk keliling ke empat-empat pintu sejauh 13.7KM ini. Sepanjang perjalanan anda akan lihat pelbagai tarikan seperti kuil, orang jual makanan dan minuman, pasangan pengantin buat sesi pengambaran dan banyak lagi.
Bagi saya, tempat ini sangat ideal untuk menikmati pemandangan semasa matahari terbenam. Sangat cantik!
Jualan Hebat AirAsia
Ikuti kembara Pojiegraphy di Xi'an China, dan tempah tiket anda sekarang, tambang all-in-fare sehala bermula dari RM196 untuk ahli BIG ke Xi'an, Chengdu, Chongqing dan banyak lagi destinasi.
Log masuk ke airasia.com dan app AirAsia untuk nikmati tambang rendah. AirAsia menawarkan rangkaian terluas dan tambang terendah ke 17 destinasi percutian di China.
Teks: Pojie (www.pojiegraphy.com) | Foto: Kamil Azim
Must-Watch Video