Laman Utama

“7 Hari Lagi, Tak Sabar Nama Muhammad A…” - Peminat Ternanti-Nanti Nama Anak Kedua TokTi!

gempak
Hanafis Haris
19/04/2021
04:13 MYT
Sponsor Banner
“7 Hari Lagi, Tak Sabar Nama Muhammad A…” - Peminat Ternanti-Nanti Nama Anak Kedua TokTi!

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi hari ini.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

BACA: Alhamdulillah Aafiyah Dah Dapat Adik, Datuk Siti Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Berita gembira ini pastinya diraikan dengan penuh kesyukuran khususnya buat peminat Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-ratanya menarik nafas lega apabila TokTi selamat melahirkan anak kedua tanpa sebarang masalah.

Pada masa sama kebanyakan mereka juga meluahkan rasa teruja mereka mengenai nama anak kedua penyanyi tersohor itu.

“Alhamdulillah selamat bersalin, ternanti-nanti apakah nama anak TokTi selepas Siti Aafiyah”

“Sekarang tak sabar nama dan rupa Muhammad A. Tunggu tujuh hari lagi”

“Ada yang dah boleh teka nama anak kedua TokTi ke tu” tulis beberapa netizen.

Untuk makluman, suami TokTi iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pernah menyatakan anak keduanya akan bermula dengan Muhammad.

Nama Muhammad itu kemudian bakal diikuti dengan huruf A yang akan diumumkan nanti.

Sekadar info, Siti dan Datuk K berkahwin pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live