,
Read

7 Kelebihan Analisis Tulisan Tangan yang Mesti Anda Tahu — Impaknya Luar Biasa, Jangan Terperanjat!

Public Anonymous User
17/02/2019
01:31 MYT
Oleh: Huda Hussain

1. Berhubung Dengan Dunia Baru
Dalam erti kata lain, ia sebenarnya membuka dimensi baru dalam hidup anda. Jika sebelum ini anda adalah seorang pekerja yang pasif, tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri dan sebagainya; ia akan menemukan anda dengan diri anda yang sebenar.
Kefahaman yang mendalam mengenai potensi diri akan membuka ruang dan mencipta peluang yang mungkin selama ini anda tidak pernah terfikir akan bisa melakukannya. Daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang berani tampil ke hadapan dan melontarkan buah fikiran dan pegangan diri; bukankah itu lebih baik?
Ia bermakna anda sudah melangkah ke satu dunia baru yang akan menemukan anda dengan insan-insan yang lebih positif dan sama-sama ingin maju ke hadapan. Justeru, kenali kekurangan diri dan cuba perbaikinya peringkat demi peringkat.
Yakinlah, setiap daripada kita mempunyai potensi yang luar biasa. Maka dengan itu ia perlu dicungkil dan digilap untuk memacu keberlangsungan hidup yang lebih maju.
Siapa yang tidak mahukan kejayaan bukan?
2. Percaya Kepada Diri Sendiri
Tulisan tangan anda sebenarnya memegang bukti kekuatan diri anda yang akan membantu untuk percaya pada diri sendiri. Mungkin sebelum ini anda sering dirundung perasaan was-was atau meragui kebolehan diri sendiri untuk menyempurnakan sesuatu misalnya.
Justeru, ubah mentaliti dan jadilah individu yang lebih positif dan proaktif. Cuba tanamkan dalam diri untuk melihat sesuatu daripada sudut yang positif terlebih dahulu.
Lantas, yakin dan percaya pada diri bahawa setiap yang berlaku atau cabaran mendatang dapat ditangani dengan baik.
3. Lebih Memahami Orang Sekeliling
Keupayaan untuk menganalisis tulisan tangan memberi anda pemahaman yang teliti dan meluas mengenai diri sendiri atau orang lain yang anda sayangi.
Misalnya, jika anda ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang sukar meluahkan rasa sayang; analisis ini bisa membantu agar anda lebih memahami kekurangan pasangan.
Buang jauh-jauh sifat ‘suka sentap’. Fahami dan terima kelemahan pasangan dengan berlapang dada.
Tangani konflik dengan pemikiran yang waras dan cari jalan penyelesaian yang akan memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.
4. Tangani Masalah Dengan Lebih Berkesan
Jika sebelum ini anda lebih senang dan selesa menyerahkan segala kata putus kepada orang lain, analisis tulisan tangan akan membantu anda untuk membina keyakinan diri agar bisa bertindak dan mencari jalan penyelesaian dengan lebih berkesan.
Anda sewajarnya mempelajari dan memahami bagaimana perlu bertindak untuk berhadapan dengan sebarang situasi.
Jika anda seorang yang panas baran, degil, sambil lewa dan sebagainya; analisis ini akan membantu untuk mengurangkan segala sifat negatif yang mungkin sudah sebati dalam diri agar ia tidak berlarutan sehingga membawa kepada permasalahan lain pula.
Anda akan menemui pelbagai idea juga kaedah yang tepat untuk merungkai apa jua permasalahan yang timbul.

5. Pendekatan Betul Mewujudkan Hubungan yang Sihat
Anda akan mengetahui bagaimana hubungan anda dengan orang lain. Adakah anda seorang yang suka memendam perasaan, sukar didekati dan sebagainya; menerusi analisis ini anda akan mengetahui dan memahami pendekatan yang tepat dalam membina persekitaran yang lebih harmoni.
Jika anda terlalu malu atau terlalu mendominasi; jika anda seorang pendiam atau peramah; apakah cara untuk mengatasinya sekali gus membentuk hubungan yang lebih sihat dalam kalangan rakan sekerja, sesama rakan dan keluarga.
6. Menentukan Minat Untuk Penyesuaian Karier
Analisis ini membantu khususnya mereka yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang tertentu. Misalnya tulisan tangan yang bercirikan seseorang yang teliti, berhati-hati adalah calon yang tepat dan sesuai untuk diletakkan di bahagian kewangan atau pentadbiran.
Atau contoh lain; jika tulisan tangannya bercirikan seorang yang berani, optimistik dan petah berbicara sesuai jika bekerja dalam bahagian jualan atau perkhidmatan yang mampu memberi keyakinan atau mempengaruhi orang lain.
Selain itu jika tulisan tangan seseorang itu bercirikan kreativiti, idea dan sebagainya adalah lebih baik jika menceburi bidang seni kreatif yang bisa menyerlahkan kebolehan mereka.
7. Membantu Menghilangkan Sifat Negatif
Adakah anda seorang yang mementingkan diri, degil, kedekut, bersangka buruk dan lain-lain? Analisis ini dapat membantu untuk sekurang-kurangnya mengurangkan sifat tersebut.
Berdasarkan carta 'Grapho Therapy Progress' misalnya, anda dapat melatih diri untuk memperbaiki unit dan karakter tulisan tangan tertentu lalu mengubah persepsi diri anda secara perlahan-lahan.
Minda separa sedar sebenarnya banyak memainkan peranan untuk membantu anda melalui peringkat ini. Contoh mudah, jika anda tanamkan dalam minda untuk menjadi seorang yang lebih positif; secara tidak langsung anda akan terdorong untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Benar, untuk berubah itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut komitmen dan usaha yang konsisten. Namun terbukti, pengorbanan itu mampu mencipta banyak peluang-peluang yang baik. Cubalah!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video