WATCH
7 tips hilang bau rokok dalam kereta.
Ramai pemandu, terutamanya lelaki, yang gemar merokok di dalam kereta sehingga ruang kokpit akan berbau yang tidak ubah seperti bekas abu rokok.
Sudah tentu ini akan menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan kepada penumpang lain terutamanya mereka yang tidak merokok.
Tetapi jangan risau. Walaupun sudah bertahun tabiat tidak sihat ini diamalkan, anda masih mempunyai peluang untuk menghilangkan bau rokok di dalam kereta anda.
Ikuti sahaja cara-cara yang kami kongsikan ini:

1. Gunakan serbuk kopi – Selain sebagai peneutral bau yang kerap digunakan oleh penjual minyak wangi, serbuk kopi juga boleh digunakan untuk meresap bau rokok. Letakkan di dalam cawan dan biarkan semalaman di dalam kereta dengan tingkap tertutup.

2. Kayu manis – Rebus beberapa batang kayu manis dan tuang air rebusan tersebut ke dalam cawan. Letakkan cawan tersebut di dalam kabin dan kereta anda akan berbau lebih wangi dalam masa beberapa jam sahaja.

3. Arang – Jika anda inginkan bau yang neutral, arang adalah antara bahan yang paling berkesan.

4. Kulit buah-buahan sitrus – Pilih buah-buahan sitrus kegemaran anda seperti limau, oren, lemon dan sebagainya. Letak hirisan kulit di dalam beg plastik atau cawan dan hasilnya, ruang dalaman kereta anda akan lebih wangi.

5. Surat khabar lama – Percaya atau tidak, gumpalan surat khabar lama juga boleh menjadi ejen penyerap bau yang bukan sahaja berkesan, malah tidak memerlukan kos.

6. Lap cermin, papan pemuka dan kerusi – Asap rokok boleh meresap ke dalam tempat duduk dan boleh meninggalkan baki atau residu pada sebarang permukaan. Pengelap khusus yang wangi bukan sahaja menghilangkan bau, malah boleh menanggalkan kesan-kesan berbahaya ini.

7. Gunakan pembersih hampagas – Bersihkan kerusi kereta anda dengan menggunakan pembersih hampagas yang berkapasiti tinggi. Lebih bagus jika ia mempunyai fungsi wap. Jika tidak, hantar sahaja kereta anda ke kedai cuci kereta. Namun untuk kerja pembersihan yang menyeluruh, bersedialah untuk membayar harga agak tinggi.
Must-Watch Video