gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

FILEM

7 Trivia Menarik Filem Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
18/04/2020
05:59 MYT
Sponsor Banner
7 Trivia Menarik Filem Indonesia, Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini
Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) diadaptasikan dari buku best selling Indonesia dengan judul yang sama iaitu NKCTHI.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra ini boleh ditonton terus di rumah anda!
Di sini Gempak kongsikan trivia menarik dalam filem NKCTHI:
1. Penulis novel best seller, NKCTHI adalah wanita kelahiran tahun 90an iaitu Marchella FP.
2. Filem genre drama keluarga ini merupakan karya nombor 1 terlaris di Indonesia tahun 2020 dengan 2.2 juta penonton di pawagam. Hebat!
3. Sutradara Angga Dwimas Sasongko menyatakan ini adalah karya terbaik yang pernah dibuat sepanjang 15 tahun kariernya.
4. Salah satu kekuatan filem ini adalah lagu-lagu soundtrack. Keseluruhannya terdapat sembilan buah iaitu :
  • Rehat- Kunto Aji
  • Untuk hati yang terluka - Isyana
  • 'Bitterlove' - Ardhito Pramono
  • 'Fine today' - Ardhito Pramono
  • Secukupnya - Hindia
  • 'I Want to Rock n Roll' - Arah
  • Awal & Akhir - Arah
  • Belukar Dunia - Chiki Fawzi
  • Lagu Pejalan - Sisir Tanah
5. Kisah ini pertama kali dibuat drama siri dan ditayangkan di YouTube pada bulan Oktober tahun lalu.
6. NKCTHI merupakan filem sulung penyanyi Ardhito Pramono yang memegang watak Kale.
7. Kisah penceritaan NKCTHI dari awal sampai habis mampu membuatkan kita menangis tanpa disedari. Pastikan ada tisu!
Kalau anda nak tahu keseluruhan jalan cerita NKCTHI, jangan lupa untuk menyaksikan di saluran 480 bermula 23 April ini.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan pengiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
View this post on Instagram
Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini filem pertama dibawa terus ke rumah anda! Wahhh dalam tempoh PKP ni rindu nak tengok filem di pawagam. Tapi sekarang tak payah tunggu dan boleh tengok kat Astro First di saluran 480 dan On Demand bermula 23 April nanti. . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKTCHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on Apr 14, 2020 at 11:24pm PDT
Topic Berkaitan
#Filem
#Indonesia
#Filem
#Nanti Kita cerita Tentang hari Ini
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement