Model jelita Shikin Gomez akhirnya mengumumkan telah berkahwin dengan usahawan, Rami Aladdin baru-baru ini.

BACA: Netizen Makan Hati Tengok Wedding Eksklusif Shikin Gomez - "Siap Terapung Atas Air, Suami Businessman, Perfect!"

Majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel di Langkawi itu menjadi bualan ramai apabila Shikin berjalan melalui platform yang dibina di dalam kolam renang sambil disaksikan tetamu yang hadir berpakaian serba putih.

"Semuanya bermula pada bulan September. Sehari selepas pertunangan kami, beberapa kenalan memberikan ilham untuk mengadakan majlis di atas air.

"Tanpa berkata tidak, kami meneruskan imaginasi itu," ujarnya yang telah berkahwin pada 22 Februari lalu.

Membongkar identiti jejaka yang berjaya menambat hati Shikin, Rami Aladdin merupakan pengarah urusan di sebuah syarikat pembangunan aplikasi teknologi yang dikenali sebagai Twine.

Menurut info dari LinkedIn, Rami pernah menuntut di McGill University dan Universite de Montreal, Kanada sekitar 2009 hingga 2012 dalam jurusan sains komputer.

Malah, Rami mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Perancis, Arab dan Sepanyol.

Shikin, atau nama sebenarnya Siti Nurfashikin Gomez, 30, yang juga bekas peserta Asian's Next Top Model musim keenam mula berkenalan dengan Rami, 34, sekitar 14 Jun 2020.










Foto: IG @shikingomez @ramialaddin