Filem Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan kutipan lebih RM13 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam.

Perkembangan optimis ini membuktikan filem bergenre aksi komedi masih diterima peminat filem.

Bagi yang masih belum berkesempatan menonton filem sekuel Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof itu, kami kongsikan sebab-sebab kenapa filem itu wajib layan.

1) Skrip filem ini bersahaja dan kelakar.

2) Dua watak anak-beranak iaitu Taji Samprit (A Galak) dan Wak Doyok sangat serasi dan menjadi. Gabungan yang tidak kekok dan signatur misai itu memang mahal.



3) CGI dan colour grading filem ALF2 pun cantik. Walaupun 40 peratus daripada filem itu menggunakan kesan visual khas dan ia nampak sangat semulajadi.

4) Ada ramai pelakon hebat. Tiga bintang Maharaja Lawak disatukan namun lawak mereka 'dipenjarakan'. Shuib diwarnakan lebih serius dan tiada unsur humor keluar daripada Achey malah Zizan juga digilap lebih matang.




5) Tak lengkap filem aksi tanpa babak pertarungan dan kenderaan kejar mengejar di jalanan. Ya, memang aksi lasak direka dan koreograf dengan baik terutama penghujung filem.

6) OST Senorita boleh layan. Rancak dan menghiburkan. Lagu nyanyian Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof dan Shuib itu kalau dengar macam lagu bertaraf Hollywood. Begitu juga Kaki Licik (nyanyian Zizan) yang memang sesuai dirai selepas tamat menonton ALF2.



7) Ada Bumblebee dan geng Transformers. Anda harus menunggu hingga tamat filem ini sebab aksi pertarungan robot pertama kali ditampilkan dalam karya anak tempatan.

8) Oh ya! Anda juga tidak akan sesekali menjangkakan siapa sebenarnya dalang di sebalik jenayah yang berlaku. Plot twist filem ini memang terbaik. Rasa seperti detektif.



Filem Abang Long Fadil 2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil yang terjerumus dalam dunia mafia yang didalangi Taji Samprit dan anaknya, Wak Doyok.

Insiden berlaku yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan bernama Tiger.

Pelbagai aksi dan konflik berlaku dalan perjalanan Fadil membongkar siapa sebenarnya Tiger.

Jika anda ingin mengetahui identiti sebenar Tiger, jangan lepaskan peluang menonton filem Abang Long Fadil 2 di pawagam berhampiran.



Teks oleh: Amri Hassan