Laman Utama

9 Hari Bertarung Covid-19, Cik B Akhirnya Pulih! DSV Pula Syukur Tuhan Lindunginya - “Biarpun Saya Cium Mulut, Tidur, Peluk…”

gempak
Hanafis Haris
28/11/2021
22:15 MYT
Sponsor Banner
9 Hari Bertarung Covid-19, Cik B Akhirnya Pulih! DSV Pula Syukur Tuhan Lindunginya - “Biarpun Saya Cium Mulut, Tidur, Peluk…”

Pengasas kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi berita gembira apabila anaknya Cik B telah pun pulih daripada jangkitan Covid-19.

Menurut Vida, status kesihatan anak perempuannya itu disahkan pulih selepas doktor melakukan ujian swab, kelmarin.

“Alhamdulillah, Cik B sangat bertuah kerana ramai mendoakan dia, bagi petua dan cara untuk tangani Covid-19.

“Malah, berkat permantauan doktor yang datang ke rumah, Cik B akhirnya bebas Covid-19 kelmarin,” katanya.

Jelasnya, dia akui kejadian sebegitu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan trauma terhadapnya.

“Sebagai ibu saya sangat trauma. Tapi Alhamdulillah Cik B tidak ditempatkan di pusat kuarantin kerana mengalami masalah pernafasan ke apa.

“Saya bersyukur Cik B jaga diri, jaga makan dan ubat.

“Ini pengalaman pertama saya dan melalui fasa itu, saya sebolehnya buat Cik B gembira. Tiga kali sehari saya video call Cik B, buat live dengan dia,” katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila tidak dijangkiti virus berkenaan biarpun sangat rapat dengan Cik B.

“Bila dapat tahu Cik B positif, saya terkejut. Eh bukan saya minum air bekas Cik B ke semalam.

“Saya jadi contact rapat dia sebab cium mulut, minum makan bekas sekali, peluk, tidur. Tapi Alhamdulillah Tuhan lindungi saya,” katanya yang telah pun lengkap dua dos vaksinasi.

Sekadar info, Cik B atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri dalam bilik di rumahnya pada 19 November lalu.

Pun begitu, Cik B memberitahu, keadaan dirinya baik sahaja, cuma hilang deria bau.

BACA : “Saya Tak Boleh Bau, Tapi…” - Minta Doa Orang Ramai, Cik B Positif COVID-19

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live