Laman Utama

“Abang Kol*m, Abang Nak C*li Awak” - Baby Shima Dedah ‘Penunggang Agama’ Hantar Mesej Jijik Di Instagram

gempak
Izwan Isa
22/10/2022
21:50 MYT
Sponsor Banner
“Abang Kol*m, Abang Nak C*li Awak” - Baby Shima Dedah ‘Penunggang Agama’ Hantar Mesej Jijik Di Instagram
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Baby Shima pernah memberitahu yang dia kerap menerima mesej berbaur lucah di Instagram.
Selain menerima gambar-gambar tidak senonoh, ada juga yang menghantar mesej kepadanya dan mengajak untuk melakukan hubungan seks.
Terbaharu, Baby Shima sekali lagi mendedahkan yang dia menerima mesej yang bukan-bukan daripada seorang yang digelarnya sebagai ‘penunggang agama’.
Menerusi pesanan yang diterima di ruangan DM, individu berkenaan turut mengajak Baby Shima untuk berbuat perkara tidak bermoral seperti menonton filem porno.
“Instagram abang penuh dengan ceramah baik-baik alhamdulillah suka tengok. Tapi di belakang orang masya-Allah. Munafikman, k*lomman. Kejap lagi dah kantoi, kena hack… ok tu perkara biasa.
“Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Zizi pula… Hati hitam boleh tutup dengan jubah eh eh eh banyaknya orang munafik zaman sekarang ni,” tulisnya.
Meninjau rungan komen, kelihatan Caprice turut meninggalkan respons terhadap isu yang diketengahkan oleh Baby Shima.
“Alhamdulillah.. One by one Allah buka. Supaya umat sedar. Insya-Allah,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live