Sejak diperkenalkan pada 2014, francais filem Abang Long Fadil telah mennyorot perhatian ramai penggemar. Justeru, tidak mustahil sekuel ketiga, Abang Long Fadil 3 juga merupakan antara naskhah yang paling ditunggu-tunggu tayangannya di pawagam.
Menampilkan penceritaan yang lebih segar dan lain daripada lain, naskhah arahan Syafiq Yusof itu turut menampilkan watak-watak baharu sebagai tonggak utama.
Dalam pada itu, peminat dan penggemar watak Fadil lakonan Zizan Razak juga bakal menyaksikan transisi yang lebih berwibawa dan menarik menerusi edisi kali ini.
Selain daripada penonton dan orang awam, sekuel Abang Long Fadil 3 turut menerima sokongan daripada golongan selebriti tanah air.
Menerusi tinjauan Gempak, ruangan komen Instagram milik Zizan dipenuhi dengan ucapan tahniah dan juga rasa teruja selebriti Malaysia menantikan Abang Long Fadil 3.
“Zizan hebat idola 1 Malaysia,” tulis Datuk Seri Aliff Syukri.
“Terbaik Zang, must watch,” ungkap penyanyi dan pelakon Mark Adam.
“Tak sabar nak tengok!” komen Janna Nick.
Bakal ditayangkan pada 8 September depan, filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi.
Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Selain Zizan yang memegang tonggak utama, filem Abang Long Fadil turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.
Izwan Isa
Mon Aug 08 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko