Skip to main content

Selebriti

Hampir 21 Tahun Dalam Industri, Ekin Hadiahkan Mikrofon Pertama Buat Mawi - “Warna Oren Itu Adalah…”

Hampir 21 Tahun Dalam Industri, Ekin Hadiahkan Mikrofon Pertama Buat Mawi - “Warna Oren Itu Adalah…”

Sekilas

  • Nora Asyikin Rahmat, isteri Mawi, menghadiahkan suaminya sebuah mikrofon berwarna oren yang terukir nama Mawi sebagai simbol asal usulnya dari Felda.
  • Mawi berkongsi bahawa selepas 21 tahun bergelar penyanyi, ini adalah mikrofon pertamanya yang dimiliki sendiri, biasanya dia menggunakan mikrofon penganjur.
  • Mawi dan Ekin berkahwin sejak 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Cahaya Malaika.
Advertisement

Isteri kepada bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Mawi iaitu Nora Asyikin Rahmat mencuri perhatian apabila menghadiahkan suaminya sebuah mikrofon khas berwarna oren yang terukir nama Mawi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Asyikin atau lebih mesra disapa Ekin berkata, Mawi tidak pernah mempunyai mikrofon sendiri meskipun sudah lebih dua dekad bergelar penyanyi.

Advertisement

Menurut Ekin, pemilihan warna oren itu juga mempunyai maksud tersendiri yang melambangkan asal usul Mawi yang berasal dari Felda.

“Sekian lama kena paksa, akhirnya member pasrah juga. Selalunya dia akan cakap malu la pakai mikrofon sendiri nanti nampak macam poyo je. Aduhai Mawi. Ingat mikrofon Mawi, jadi ingat warna Felda, asal usul dia,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Kian itu turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada isterinya atas pemberian tersebut.

Advertisement

Mawi berkata sepanjang 21 tahun bergelar penyanyi, dia hanya menggunakan mikrofon yang disediakan oleh pihak penganjur setiap kali membuat persembahan.

“21 tahun saya menyanyi, hari ini saya baru dapat mikrofon sendiri. Sebelum ini, saya pakai apa yang ada. Ini pun dapat hadiah Ekin bagi. Di hari jadi dia, dia kasi saya. Warna yang dia pilih ini pun taste dia,” ujarnya.

Sekadar info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Ekin pada 20 Disember 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Cahaya Malaika.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement