Sekilas
- Pelakon Arabella Ellen meminta orang ramai menghormati privasinya dan tidak melangkaui batas dalam kehidupan peribadi.
- Dia berharap peminat dapat membezakan antara memberi sokongan dan mencampuri urusan peribadi.
- Arabella juga menggesa orang ramai berhenti mengintip dan membuat andaian mengenai kehidupannya.
Pelakon, Arabella Ellen meminta orang ramai agar menghormati privasi hidupnya dan tidak melampaui batas.
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Arabella berkata dia memahami sikap rasa ingin tahu seseorang, namun berharap mereka dapat membezakan antara memberi sokongan dan mencampuri kehidupan peribadi.
“Saya memahami sifat tanda tanya tetapi saya harap kalian tahu ada garisan antara menyokong dan melangkau kehidupan peribadi seseorang,” tulisnya.
Dalam masa sama, Arabella turut meminta orang ramai berhenti mengintip (stalk) dirinya untuk mencari maklumat dan membuat andaian mengenai kehidupan peribadinya.
“Tolong berhenti stalk saya untuk menyiasat dan buat andaian mengenai hidup peribadi saya,” ujarnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai di media sosial terutama di platform Threads yang rata-rata menyuarakan kebimbangan terhadap pelakon muda itu.