Skip to main content

Hiburan

Enggan Tabur Janji, Aina Abdul Serah Kepada Rezeki Soal Kolaborasi Antarabangsa - “Dengan Orang Malaysia Pun…”

Enggan Tabur Janji, Aina Abdul Serah Kepada Rezeki Soal Kolaborasi Antarabangsa - “Dengan Orang Malaysia Pun…”

Sekilas

  • Aina Abdul tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi dengan penyanyi muda Filipina, Carmell, namun tiada perancangan konkrit buat masa ini.
  • Aina mengakui genre muzik mereka berbeza dan belum pasti mampu menyesuaikan diri dengan gaya muzik Carmell yang unik.
  • Dia juga tidak mahu memberi janji palsu kepada peminat kerana masih ada permintaan lagu kolaborasi dengan penyanyi tempatan yang belum direalisasikan.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul tidak menolak kemungkinan untuk berkolaborasi dengan penyanyi muda dari Filipina, Carmell.

Bagaimanapun, Aina mengakui belum mempunyai sebarang perancangan ke arah itu buat masa ini memandangkan dia merasakan kedua-dua mereka mempunyai genre muzik yang berbeza.

Advertisement

Menurut Aina, dia cukup tertarik dengan keunikan muzik yang dibawakan Carmell, namun tidak pasti sama ada dirinya mampu menyesuaikan diri dengan dunia muzik penyanyi berusia 19 tahun itu.

"I don't know how am I going to sebab beliau ada certain genre yang sangat menarik bagi saya, tapi considering that I am not like that (ketawa).  

“I don't think I can match into her world yet, kan? We never know in the future tapi kalau ada lagu yang sesuai untuk disatukan antara saya dan Carmell, saya akan terima dengan hati yang terbuka. But for now, I don't see the planning yet," katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu itu menjelaskan dia tidak mahu memberikan sebarang janji kepada peminat berhubung perancangan kolaborasi berkenaan.

Jelas Aina, masih terdapat permintaan daripada peminatnya untuk menghasilkan lagu bersama beberapa penyanyi tempatan yang sehingga kini belum dapat direalisasikan.

“Kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa dekat peminat saya sebab peminat saya ni lagu yang dengan orang kat Malaysia pun masih dituntut sampai sekarang yang saya tak boleh bagi lagi. So saya tak nak they feel the same way dengan penyanyi luar negara.

"But I just wanna say I love Carmell. I think she's a really bright and talented singer, and she's only 19 years old. 19 tahun saya dekat mana? (Ketawa) saya dekat dalam LRT, tengah pergi kelas vokal. Ha, itu aje," ujarnya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement