Skip to main content

Hiburan

“Tipulah Kalau Saya Kata Saya Okey” – Elfira Loy Kongsi Anak-Anak Jadi Sumber Kekuatan Selepas Kehilangan Ibu

“Tipulah Kalau Saya Kata Saya Okey” – Elfira Loy Kongsi Anak-Anak Jadi Sumber Kekuatan Selepas Kehilangan Ibu

Sekilas

  • Pelakon Elfira berkongsi bahawa kehilangan ibunya, Hajah Filzah Yusoff, membuatkan dia buntu dan sukar untuk meneruskan hidup.
  • Elfira menganggap ibunya bukan sahaja seorang ibu, tetapi juga pengurus dan kawan baik sepanjang hidupnya.
  • Anak-anak Elfira menjadi sumber kekuatan utama selepas pemergian ibunya, yang sempat berpesan agar mereka tidak bersedih.
Advertisement

Selepas kehilangan ibunya, Hajah Filzah Yusoff, pelakon Elfira syukur anak-anak menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

Elfira mengakui dia buntu memikirkan bagaimana mahu meneruskan kehidupan selepas pemergian insan yang begitu rapat dengannya itu.

Advertisement

“Ibu saya bukan sekadar seorang ibu, dia adalah pengurus dan kawan baik saya sepanjang hidup saya. Tipulah kalau saya kata saya okey, saya memang tak okey.

“Saya sendiri buntu bagaimana nak teruskan hidup tanpa dia. Tetapi anak-anak sayalah yang menguatkan saya,” katanya.

Menurut Elfira, dia kemudian mengetahui arwah ibunya sempat berpesan kepada cucu-cucunya supaya tidak bersedih apabila dia meninggal dunia.

Advertisement

“Rupa-rupanya sebelum meninggal dunia, arwah ibu saya dah pesan pada anak-anak saya, ‘Tok Mama lepas ni nak meninggal, lepas tu nak masuk syurga, jangan sedih.’

“Mereka sangat faham dan kata-kata anak-anak itulah yang sebenarnya menjadi sumber kekuatan saya sekarang,” ujarnya.

Untuk rekod, Hajah Filzah meninggal dunia pada 13 September 2026 pada usia 61 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement