Sekilas
- Video latihan pelakon Akmal Asyraf mendapat pujian daripada Puan Sri Tiara Jacquelina, pengasas Enfiniti dan penerbit teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
- Tiara memberi bayangan bahawa Akmal berpeluang menjalani uji bakat untuk produksi teater Enfiniti pada masa akan datang.
- Netizen menyokong dan berharap Akmal dapat mengembangkan bakatnya di pentas teater, termasuk mencadangkan watak Sultan Melaka untuknya.
Video latihan pelakon, Akmal Asyraf meraih perhatian dan pujian daripada Pengasas Enfiniti, merangkap penerbit serta pengarah pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), Puan Sri Tiara Jacquelina.
Menerusi satu perkongsian seorang pengguna di platform Threads, Tiara dilihat meninggalkan emoji tepukan tangan sebagai reaksi terhadap video tersebut.
Individu berkenaan turut menyuarakan harapan agar pelakon itu diberikan lebih banyak peluang untuk menyerlah, khususnya dalam bidang pementasan teater.
"More opportunities for Akmal to shine, please! Hopefully dapat tengok Akmal dalam theatre lagi!" tulisnya.
Menariknya, Tiara kemudian membalas hantaran tersebut dengan memberi bayangan bahawa pihaknya terbuka untuk memberikan peluang kepada Akmal menjalani uji bakat bagi menyertai produksi teater Enfiniti pada masa akan datang.
"We would definitely love to audition him someday!" balas Tiara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik kemungkinan tersebut dan berharap Akmal berpeluang mengembangkan bakat lakonannya di pentas teater.
Malah, ada yang mencadangkan agar Akmal diberikan watak Sultan Melaka dalam pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL).
"Yes pleaseee! He would be perfect for Sultan Melaka.
"Yassss please! Hopefully one day we would be able to watch him in one of your theatre productions. We love your PGL theatre the other day.
"Masha-Allah, please make it happen!
“Omg!excited for him!🙏🏽😍
"For PGL IB please!” komen netizen.
Sumber: Threads