Skip to main content

Hiburan

Azfar Heri Minta Maaf, Tegaskan Rumah Baharu Hanya...

Azfar Heri Minta Maaf, Tegaskan Rumah Baharu Hanya...

Sekilas

  • Azfar Heri jelaskan rumah baru yang dikongsinya dalam vlog adalah rumah sewa, bukan miliknya.
  • Dia mohon maaf atas salah faham dan sindiran netizen yang timbul daripada perkongsian tersebut.
  • Azfar masih berimpian memiliki rumah sendiri suatu hari nanti untuk didiami bersama keluarga.
Advertisement

Personaliti media sosial, Azfar Heri tampil menjelaskan salah faham segelintir netizen yang menyangka kediaman baharu yang dikongsinya menerusi vlog terbaharu sudah menjadi miliknya.

Menurut Azfar, dia memohon maaf sekiranya perkongsian tersebut menimbulkan salah faham sehingga ada segelintir individu mula melemparkan sindiran terhadapnya.

Advertisement

"Mintak maaf tapi ramai salah faham sampai ada yang dah mula sindir-sindir. Dalam vlog semalam I dah mention rumah baru ni, I just sewa je, belum beli.

"Tapi untuk orang yang mula zero dari bawah, dapat sewa sini pun satu rezeki yang besar untuk I," tulisnya.

Dalam pada itu, Azfar mengakui dia masih menyimpan impian untuk memiliki kediaman sendiri suatu hari nanti, sekali gus menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa untuk didiami bersama keluarga.

Advertisement

"Insya-Allah step by step, ada rezeki lebih nanti mana tahu boleh beli rumah duduk ramai-ramai dengan family pula.

"Korang doakan saya, okey," katanya.

Terdahulu, Azfar berkongsi keterujaan memulakan fasa baharu di rumah bujang menerusi saluran YouTube miliknya selepas berpindah ke sebuah kediaman di pusat bandar Kuala Lumpur yang terletak berhampiran KLCC.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement