Jika sebelum ini Man sering dikutuk netizen kerana bentuk giginya, kini pelawak dan pelakon ini muncul dengan penampilan baru.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Man berkongsi dia telah melakukan rawatan untuk memperbetulkan struktur giginya.

Hantaran itu juga turut menunjukkan perubahan pada bahagian giginya sebelum dan selepas menerima rawatan.

“Alhamdulillah, kalau korang jumpa abang lepas ni senyum je faham-faham ek fasal gigi abang dah penuh…” tulisnya.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)


Dalam pada itu menerusi satu lagi hantaran, Man juga turut berkongsi perasaan gembira tentang perubahan pada dirinya.

“Semalam abang tidur dalam senyum je,” tulisnya ringkas.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak)


Sebelum ini, Man sering berdepan dengan pelbagai tohmahan netizen mengenai bentuk badannya dan juga gigi.