Laman Utama

“Abang Yang Baik..” - Anak Sulung Shuib Tolong Jaga Baby, Netizen Puji Sejuk Mata Memandang

gempak
Azwa Rahman
28/09/2021
13:15 MYT
Sponsor Banner
“Abang Yang Baik..” - Anak Sulung Shuib Tolong Jaga Baby, Netizen Puji Sejuk Mata Memandang
Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni mencuri perhatian wargamaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan.
Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab.
Menerusi laman sosial Instagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum.
“Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang menangis.
Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan malu-malu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang merengek.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya.
Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah.
Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya.
Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.
Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya.
Adik nangis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam arwah ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.
Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.
Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live