Hiburan

Abby Abadi Pesan Pada Anak-Anak Jaga Solat, Jaga Aurat - “Dari Kecil Mama Orang Susah…”

gempak
Mya Amri
12/02/2025
00:11 MYT
Sponsor Banner
Abby Abadi Pesan Pada Anak-Anak Jaga Solat, Jaga Aurat - “Dari Kecil Mama Orang Susah…”
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi memberikan nasihat kepada anak-anaknya supaya jangan mengambil mudah tentang solat.

Jaga solat, jaga aurat

Malah selain solat, soal aurat dan juga iktilat perlu dijaga dengan baik.

"Mama sayang semua hingga hujung nyawa. Jaga diri, jaga solat, jaga aurat, jaga ikhtilat di mana sahaja berada ok anak-anak semua.

“Dari kecil, Mama orang susah tapi apa pun yang berlaku mama usaha, mama kerja keras. Mama boleh bekerja sebagai apa pun.

“Siang malam, asalkan anak-anak mama cukup segalanya. Jangan lupa doakan mama bahagia dunia akhirat.
“Tak mungkin sempurna. tapi semat selalu dalam hati, apa pun yang terjadi mama selalu ada,” voretnya menerusi hantaran di Instagram.

Kerja keras demi penuhi keperluan keluarga

Dalam pada itu, Abby juga berharap agar anak-anak tidak melupakan bapa tiri mereka yang bekerja keras demi memenuhi keperluan mereka sekeluarga.

“Doakan untuk abah sekali. Abah kerja keras untuk sama-sama dengan mama cukupkan segala keperluan anak-anak. Pejam celik, pejam celik 10 tahun dah abah bersama kita.

“Walaupun mama nampak macam selalu di depan, sebab abah segan-segan (tapi ketahuilah yang abah tu kerja keras dari awal, hingga ke hari ini untuk cukupkan apa yang mama tak mampu nak berikan.

“Doakan jodoh mama dan abah panjang. Biar mati pun bersama lah senang. Semoga Allah izinkan sampai semua anak-anak dah besar panjang.

“Ada kaki sendiri, pandai berdikari, boleh dah ambil mama abah ni sebab mama abah tak nak menyusahkan anak-anak.
“Takut tua-tua nanti sakit sakit orang benci! Jadi selesai tanggungjawab semua atas dunia ni baru Allah ambil mama abah ye Allah,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Rasa Rindu Bila Peluk Model Persis Wajah Anak - “Tiba-Tiba Datang Rindu”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Kerap Tayang Marissa, Netizen Persoal Mana Danisha? Abby Abadi Jawab - “Ada Sebablah Kalau Gambarnya Kurang”

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

Untuk rekod, Abby mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 2022, namun pasangan selebriti itu bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024