Mahukan pilihan bufet yang pelbagai dan menikmati juadah iftar pada bulan Ramadan ini dengan suasana yang selesa dan nyaman, apa kata korang singgah di restoran berkonsep banglo di Meet & Dine yang terletak di Sungai Long, Kajang, Selangor.



Menariknya sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini, Meet & Dine menyediakan 280 juadah yang terdiri daripada pelbagai seleksi menu.

Kali ini berkonsepkan East Meet West, Seribu Rasa Ramadan Meet & Dine tampil dengan hidangan Seafood on Ice sebagai pembuka selera. Korang boleh pilih pelbagai sajian makanan laut segar seperti tiram, udang kara, udang, ikan salmon dan sashimi dengan rasa premium.

Bagi penggemar hidangan Timur Tengah pula, Meet & Dine membawakan resepi Nasi Bukhara dengan kambing panggang yang diperap dengan rempah ratus asli dari negara asalnya.


Juadah Aidilfitri pun dah ready!

Kata pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah dan rakan kongsinya merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim, mereka mahukan pelanggan pulang dengan kepuasan.

"Dengan harga RM138 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak serta warga emas, restoran ini turut menghidangkan nasi ayam, nasi itik claypot, masak lemak daging salai, sambal jawa, gulai kawah, udang mentega, ketupat, lemang, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh yang menggamit perasaan menanti kehadiran Syawal.

"Kepada pelanggan yang mahukan detik peribadi dalam suasana privasi, Meet & Dine mempunyai ruang bertutup yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 20 orang mengikut permintaan dan tempahan awal," ujar Jozree.

OOTD di setiap sudut Meet & Dine

Istimewanya juga, dekorasi indah dan selesa seumpama makan di kediaman sendiri juga menjadikan atmosfera ketika korang menjamu selera lebih mengujakan. Siap boleh OOTD lagi lepas makan!

Yang penting, korang juga boleh memilih untuk menikmati bufet di bahagian atas atau boleh memesan hidangan a-la-carte di ruangan kafe bawah.

Selain itu, korang juga tak perlu risau kerana kemudahan surau untuk menunaikan solat turut tersedia di Meet & Dine. Parking juga luas!

Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga ‘early bird’ iaitu RM99, anda boleh hubungi atau buat tempahan di 03-87339929 atau 017-3559422 sebelum 26 Mac ini.

A post shared by Meet & Dine (@meetanddine)


Berbeza dengan tawaran tempat lain, di Meet & Dine pelanggan boleh memilih mana-mana tarikh disukai bagi pembelian terawal itu, malah untuk tempahan sembilan orang, percuma satu lagi pakej bufet.