Berita
"Ada 30 Pasang Kah?" - Netizen Hairan Anak Asyik Berbaju Raya, Ini Penjelasan Almy Nadia...
Kebiasaannya rata-rata kita menyediakan antara tiga ke empat pasang baju sahaja untuk dipakai pada hari lebaran.
Bahkan, masing-masing mungkin tampil bergaya dengan persalinan sedondon bersama keluarga hanya pada minggu pertama sahaja.
Namun, berbeza pula dengan ragam keluarga pelakon Datin Almy Nadia apabila anak-anaknya sering dilihat kekal menggayakan baju raya sedondon biarpun sudah lebih dua minggu Syawal berlangsung.
Menurut Almy, situasi itu secara tidak langsung menyebabkan ada netizen yang hairan berapa banyak persalinan yang mereka ada bagi menyambut lebaran kali ini.
Begitupun, menurut Almy, dia mengakui, anak-anaknya memang diajar untuk menggayakan baju raya pada bulan Syawal.
"Hat pakat dok tanya banyaknya baju depa..ada 30 pasang kah? Meh mama jelaskan sat na.
"Macam ni, depa ni diasuh hari raya pakai baju raya, hari biasa pakai baju biasa. Bangun je depan sendiri pakai baju raya," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Kata Almy lagi, begitupun, baju-baju yang dipakai anak-anaknya yang dilihat di media sosial itu bukanlah persalinan baharu kesemuanya.
"Lepas tu tips nya, mama depa ni suka beli baju anak-anak satu saiz besar sedikit. Ye lah, anak-anak kan cepat besar.
"Bila beli yang besar boleh pakai lama, jadi anak-anak kami sejenis banyak baju lama-lama. Hahaha, pusing kat situ sahajalah," jelasnya.
Ujar Almy lagi, dengan cara sebegitu, sekurang-kurangnya, anak-anak masih lagi dapat merasai kemeriahan Aidilfitri biarpun hanya terpaksa duduk di rumah sahaja
"Janji kita mak-mak ni kenalah semarakkan hari raya kat anak-anak sebab anak-anak belum boleh nak masuk kedai ke pergi pusat beli-belah lagi.
"Sebab mama depa ada perasaan tak selesa dalam keadaaan sekarang. Walaupun boleh dah pergi jalan-jalan mana-mana pun, tapi mama depa penakut sedikit sebab ye lah, nak datang sakit tu datang juga, tapi mama depa nak beranak pun susah kat depa, baiklah berjaga-jaga berhati-hati dulu," katanya.
Terdahulu, Almy kerap berkongsi gambar anak-anaknya menggayakan baju raya sedondon di Instagram miliknya sejak sambutan Syawal pada bulan lalu.
Almy berkahwin dengan Datuk Fizz Fairuz pada 2014.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5 Nur Afrina Aurora, 4 dan Nur Afrina Ayra berusia setahun.
Almy turut mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video