,
Laman Utama

Ada 936 Screenshots Sejarah Layari Laman Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Izwan Isa
23/06/2023
02:20 MYT
Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.
BACA: Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah Di Telefon Bimbit, Netizen Syak Ebit Lew Hanya Mahu Berdakwah - “Husnuzon…”
"Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021," kata saksi ketujuh pendakwaan itu.
Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.
Beliau berkata, imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.
Kelmarin, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.
Pada prosiding hari ini, peguam Ebit Lew, Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google.
Peguam itu berkata, beliau berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi.
Ram Singh berkata, terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan.
Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan.
Zahida berkata, keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.
BACA: Jadi Saksi, Firdaus Wong Mengaku Lihat Gambar Kemaluan Lelaki Dari Kiriman Whatsapp Ebit Lew
Ebit Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan bersambung hari ini.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

Kes Rogol Mondy Tattoo Babit Ebit Lew Tidak Akan Diteruskan - Peguam

gempak
06/06/2024
09:25 MYT
Pihak pembelaan Ebit Lew memberitahu bahawa, pihak pendakwaan tidak akan meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah terkenal itu.
Viral

"Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump, Mondy Tatto Kini Berbadan Dua?

gempak
06/06/2024
07:57 MYT
Wanita yang pernah dibantu oleh dermawan terkenal, Ebit Lew iaitu Mondy Tatto berkongsi perkembangan terkini dirinya.
Laman Utama

“Kalau Ini Penipuan, Buat Apa Saya Nak Seksa Diri Untuk Bela Orang Dari Kasta Rendah” - Caprice

gempak
20/09/2023
09:28 MYT
Doakan semuanya dipermudah.