Tidak semua yang manis di depan baik di belakang, bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain-lain. Tapi apa kaitannya dengan pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem?

Jangan bimbang, pelakon kacak berdua ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara-perkara syirik secara realiti sebaliknya Kamal dan Hun akan bergandingan dalam drama terbaharu Astro berjudul Sihir.

Selain Kamal dan Hun, drama arahan Michael Ang ini juga turut menampilkan pelakon hebat lain antaranya Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Ifa Raziah, dan Fiza Thomas.

Setiap kisah sihir yang dipaparkan juga ada diantaranya merupakan kisah benar yang pernah berlaku dalam kalangan masyarakat dan boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat.

Melihat kepada teasernya sahaja sudah cukup membuatkan penonton tidak sabar untuk menantikan drama bersiri ini yang akan ditayangkan pada 1 November depan.

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Save the date guys! Jangan lupa saksikan Sihir, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Sihir juga boleh ditonton di Astro Go dan Ultra Box.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!