Berita baik kepada anda yang ingin beramal di bulan Ramadan, Astro melaksanakan aktiviti kemasyarakatan menerusi kempen Projek #Darihati.

Menerusi kempen ini Astro berganding bahu dengan komuniti setempat menawarkan sumbangan berbentuk pakaian baru atau terpakai.

Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai juga diperlukan untuk merealisasikan projek #Darihati, kerana pakaian yang telah dikumpulkan akan disumbangkan kepada sembilan rumah kebajikan berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh Malaysia.

Dan beberapa selebriti telah dipilih untuk menyampaikan sumbangan tersebut.

Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Astro Gempak Raja Jastina Raja Arshad berkata, kempen ini inisiatif Astro dalam bekerjasama dengan orang ramai untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Jika tahun lalu kami bergotong- royong membersihkan kawasan di sekitar bazar yang terpilih, tahun ini kami cuba cara lain pula.

“Kami yakin ramai yang tidak berkemampuan dan mereka wajar dibantu serta diraikan untuk sama-sama merasakan kemeriahan suasana Aidilfitri,” katanya.

Mengangkat konsep ‘Beli satu, Beri satu’, semua pakaian akan dikumpulkan di tujuh lokasi terpilih.
Antaranya Pusat Khidmat Pelanggan Astro di Jalan Burmah (Pulau Pinang), Seberang Prai, Damansara Utama, Ipoh, Cheras, Seremban dan Johor Bahru.



Atau sumbangan boleh disalurkan di lokasi terpilih rakan kerjasama kami, seperti di bawah;



Masukkan baju anda ke dalam kotak yang disediakan seperti di bawah:



Raja Jastina berkata, pemilihan Ramadan dalam menganjurkan program seperti ini adalah inisiatif Astro sendiri untuk cuba menganjurkan pelbagai aktiviti setiap kali tibanya Ramadan.

“Setiap tahun Ramadan menjadi sasaran Astro untuk menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan.

“Kali ini kami berharap dapat memberikan bantuan dan kemeriahan kepada mereka yang tidak mampu untuk berbaju baru pada hari raya,” katanya.

Projek #Darihati sudah dimulakan sejak 22 Mei lalu dan akan berakhir pada 13 Jun ini.

#GempakNi : Jom sertai Astro tahun ini dalam Projek #DariHati #KosongKosong untuk membantu mengumpul Baju Raya kepada yang memerlukan untuk sama-sama kita membantu sempena Ramadan kali ini! Nak tau macamana nak join kami , jom layari www.kosongkosong.com.my sekarang!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Raja Jastina berkata, besar harapannya jika projek ini berjaya ia akan diteruskan pada bulan lain.

“Insya-Allah andai projek ini terlaksana dengan jayanya, kami akan meneruskannya lagi pada masa akan datang dan tidak hanya pada Ramadan saja,” katanya.