Pengasas kosmetik Merve, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joyrevfa meluahkan rasa kesal di laman Facebooknya terhadap pihak yang mendakwa dia menyekat akaun Instagram (IG) suami, Hafiz Hamidun.

Menerusi sebuah entri, Joyrevfa turut mendakwa perkara tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya dan meminta dikemukakan bukti sekiranya benar dia menyekat akaun IG Hafiz.

Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan saman terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya itu.



Nama Joyrefva tiba-tiba hangat diperkatakan selepas memuat naik foto yang didakwa netizen sebagai kurang sesuai dengan imej wanita bertudung di akaun Instagramnya.

Akibatnya, foto yang dimuat naik Joyrevfa pada Ahad lalu untuk tujuan mempromosi produknya dikecam teruk netizen.

Rata-ratanya berpendapat pakaian dikenakan Joyrevfa tidak sesuai dan seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju berwarna kulit.

Untuk menjelaskan tentang perkara tersebut, Joyrevfa tampil dengan sebuah kenyataan.



Hafiz Hamidun ketika ditanya tentang kontroversi tersebut memberitahu tidak tahu menahu tentang foto seksi isterinya seperti yang diperkatakan netizen.