Pelakon Iqram Dinzly naik hantu apabila terdapat satu akaun Twitter dari negara seberang yang menyebarkan beberapa rakaman video seks yang si pelaku didakwa mirip dengan dirinya.

Menerusi kemas kini di Instagram Story, Iqram bagaimanapun dilihat tidak cepat melenting dan mengucapkan terima kasih kerana ganjaran kebaikan akan diberikan kepadanya.



“Video kedua dari seberang yang ada cubaan mangkuk hayun mengatakan video leak Iqram Dinzly sedang diviralkan di Twitter.

“Alhamdulillah, teruskan usaha kalian, kerana aku boleh terima kasih banyak-banyak kerana segala ganjaran kebaikan kalian sedang di transferkan pada aku.

“Alhamdulillah amin. Have fun berfitnah guys,” katanya.

Dalam pada itu, Iqram menambah, ini bukan pertama kali dia menerima fitnah sedemikian rupa.

Bahkan, sekitar lima tahun lalu, dia sudah pun terpalit dengan isu yang hampir sama.

“Video kedua dari seberang yang ada cubaan mangkuk hayun mengatakan video leak Iqram Dinzly sedang diviralkan di Twitter.

“Lima tahun sudah pun ada satu video yang sedang menyemburit dikatakan mirip Iqram Dinzly.

“Kalini hadir lagi. Sorry wrong person to throw your bloody fitnah again! Go to hell moron!,” luah Iqram lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.