Berita
“Ada Hikmah Saya Tidak Ke Final Sebab...”- Wann Dah Jangka Tersingkir Di Konsert Separuh Akhir GV2019
Penyanyi Wann Rashidah seperti sudah menyangka penyingkirannya di konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2019 (GV2019) semalam.
Menurut Wann, apa yang berlaku ada hikmahnya kerana dia yakin tidak mampu membawa genre rap seperti tugasan lagu-lagu konsert akhir yang diberikan.
“Sebenarnya saya memang dah jangka akan terkeluar malam ini sebab saya pun tahu kemampuan saya setakat mana.
“Lagipun saya rasa ada hikmahnya kerana kalau saya masuk sehingga ke final, saya pasti tidak tahu bagaimana kemampuan saya nanti kalau kena nyanyi rap untuk pusingan Battle.
“Bagilah genre lagu apa apa sekalipun, InsyaAllah saya boleh bawa, tapi kalau rap memang saya tak tahu hasilnya macam mana sebab itu saya kata ada hikmah di sebalik penyingkiran ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam Separuh Akhir GV2019, Wann menyanyikan lagu Dua Insan duet dengan Zarul Umbrella serta lagu solo Ku Gembira Di Sampingmu.
Mengulas mengenai perancagannya selepas ini, Wann akui dia masih meneruskan bidang nyanyian.
“Selepas ini saya masih bernyanyi seperti biasa dan sekarang ini terlalu awal untuk saya beritahu perancangan lain selanjutnya,” katanya lagi.
Selain Wann, Noorshila Amin juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir pada konsert yang berlangsung malam tadi.
Noorshilla membawa lagu Kerna Terpaksa dan Dialah Di Hati (duet bersama Ifa Raziah) manakala Wann menyanyikan lagu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan (duet bersama Zarul Umbrella).
Hady Mirza pula berjaya menggungguli kedudukan tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 82 peratus menerusi lagu All My Life dan Takdir Tercipta (duet bersama Dia Fadilla).
Untuk rekod, GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Jika anda terlepas menonton konsert minggu ketiga GV2019 atau ingin menonton secara 'live streaming'.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.
Must-Watch Video