Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan telefon bimbit anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal telah hilang ketika menukar pakaian di bilik persalinan sebuah gymnasium.

Perkara itu dikongsi Zarina menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Telefon Azal pula hilang.

"Ada juga yang kaki pencuri dalam gym changing room, tak dapat dah telefon tu dia dah tutup," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi gambar di entri terbabit, Zarina menunjukkan perbualan bersama kakitangan gymnasium itu dan meminta kerjasama mereka untuk mencari telefon bimbit itu dengan sebaiknya.

Telefon azal pulak hilang ?‍♀️??? Ada jugak yang kaki pencuri dlm gym changing room ..tak dapat dah telefon tu dia dah tutup tel samsung susah nak trace..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on


Namun begitu, tidak lama selepas itu, Zarina memaklumkan dia sudah membelikan telefon baru untuk Azal.

"Yayy Azal dah dapat phone baru, esok Azal kena packing pulut hari-hari," tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.

Yeayyy azal dah dapat phone baru.. Besok azal kena packing pulut hari2..

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on


Zarina mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1989 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.