,
Advertorial

Ada Ketika Setiap Daripada Kita Perlukan Inspirasi Untuk Meneruskan Hidup. Ikuti Kisah Kedua #InspirasiBersamaAFFIN

Badrul Hashim
21/11/2019
09:16 MYT
Melihat mereka tersenyum gembira pastinya membuatkan diri kita sendiri berasa bahagia. Inspirasi walau sekecil mana sekalipun pastinya boleh menjadi pembakar semangat.
Kali ini, menerusi inisiatif #InspirasiBersamaAFFIN, AFFIN ISLAMIC telah bersama-sama dengan sukarelawan daripada Yayasan Salam Malaysia, Faiz Qayyum Abdul. Pemuda yang berusia 29 tahun ini dilahirkan di Semenyih, merupakan anak kelima daripada enam adik beradik dan telah beberapa tahun terlibat secara aktif membantu mereka yang memerlukan.
Datang daripada keluarga yang berantakan, Faiz membesar sebagai remaja yang sering memberontak dan berhadapan dengan pelbagai masalah. Ketika sedang bergelut dengan fasa sukar dalam kehidupan beliau itulah, Faiz telah menemui Yayasan Salam Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang telah membantu dirinya melalui sesi kaunseling dan sokongan emosi.
Sejak itu, Faiz mula aktif sebagai sukarelawan, terutamanya bersama Yayasan Salam Malaysia yang banyak membantu dan membentuk diri beliau sebelum ini.
Bersama #InspirasiBersamaAFFIN, Faiz dan Yayasan Salam Malaysia telah membantu sebuah keluarga yang kurang bernasib baik di Tanjung Karang, iaitu keluarga Puan Ruziah atau yang lebih dikenali sebagai Kak Ogy. Kak Ogy terpaksa menanggung kehidupan tujuh orang anak Allahyarham abangnya, serta ibunya yang lumpuh separuh badan.
Keluarga tersebut tinggal di sebuah rumah usang dan sangat memerlukan keperluan asas termasuklah tilam sebagai lapik tidur.
Faiz bersama pasukan sukarelawannya telah membantu anak-anak di bawah jagaan Kak Ogy yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan PT3 dengan menyediakan bantuan peralatan persekolahan seperti alat tulis dan juga buku. Faiz tidak mahu anak-anak ini melalui fasa sukar sepertimana yang pernah beliau lalui suatu ketika dulu.
#InspirasiBersamaAFFIN yang diwujudkan oleh AFFIN ISLAMIC turut bekerjasama dengan Faiz bagi memberi inspirasi kepada Kak Ogy untuk terus tabah menjalani kehidupan bersama keluarga besar beliau.
Sewaktu program sehari bersama Faiz dan keluarga Kak Ogy, AFFIN ISLAMIC telah menyalurkan bantuan makanan, mengecat rumah serta turut menyumbangkan bantuan wang zakat kepada keluarga Kak Ogy, dengan harapan semoga dengan bantuan ini, Kak Ogy dan keluarga dapat meneruskan kehidupan mereka sekeluarga untuk hari-hari yang mendatang.
#InspirasiBersamaAFFIN adalah satu budaya yang ingin diterapkan oleh AFFIN ISLAMIC untuk dijadikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mereka memulakan sumbangan walau sekecil mana sekalipun.
Malah, usaha murni AFFIN ISLAMIC ini menjadi lebih mudah apabila menyediakan platform untuk rakyat Malaysia menyimpan sambil menderma melalui produk deposit mereka, AFFIN Barakah Charity Account – i yang mana dana kebajikan terkumpul daripada deposit ini akan disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan terpilih.
AFFIN Barakah Charity Account-i mempunyai ciri-ciri yang sungguh memudahkan anda.

Ciri-ciri:

• Akaun simpanan Patuh Syariah. • Deposit permulaan sebanyak RM100.00 • Baki minima yang perlu dikekalkan hanyalah RM10.00 • Penyata atau Buku Bank untuk memudahkan anda menyemak transaksi akaun • Mempunyai Kad Debit Visa AFFIN ISLAMIC • Sangat mudah dengan perbankan secara Internet di affineOnline.com • Akses mudah untuk rangkaian cawangan kumpulan AFFINBANK

Manfaat:

• Simpan Dan Sumbang - Memberikan kemudahan untuk anda membantu mereka yang memerlukan. • Sumbangan Derma Yang Fleksibel – Memberikan anda fleksibiliti untuk menukar peratusan derma dan sebagainya. • Pemindahan Wang Untuk Sumbangan Dana Percuma Setiap Bulan – Menyediakan perkhidmatan mudah tanpa bersusah payah melalui pindahan Hibah (jika ada) untuk menderma.
Mari kita semua bersama-sama menyumbang bagi tujuan amal dengan membuka akaun AFFIN Barakah Charity Account-i dan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
Anda juga boleh ikuti kami di Facebook affinislamic, Instagram @affinislamic dan juga Twitter @AffinIslamic.
Jom kita tonton video #InspirasiBersamaAFFIN ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.