Kata Azrel dia memohon diberikan ruang dan akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sampai masanya.
"Itu (berkahwin) sekadar perancangan dan masih awal tahun 2018. Mungkin majlisnya akan berlangsung tahun ini juga.
"Ada lagi 11 bulan sebelum 2018 tamat, jadi tunggulah," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Biarpun masih enggan mendedahkan identiti bakal isterinya, Azrel sebelum ini tidak menolak wanita yang dimaksudkan merupakan seorang pelakon.
Malah, Azrel sering dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Ruhainies namun, masing-masing menafikan perkara tersebut.
Kembali mencetuskan spekulasi apabila Azrel dan Ruhainies datang ke majlis berkenaan bersama-sama malah meraikan sambutan ulang tahun kelahiran berdua usai acara terbabit.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @azrelismail