Laman Utama

Ada Lagi Girl Group Baru Muncul, Siapa Pula Stellar Ni?

Amri Hassan
27/10/2022
11:55 MYT
Industri hiburan Malaysia kini diwarnai dengan kemunculan lebih kumpulan wanita ataupun gadis-gadis yang menganggotai. Antara yang sedang mencipta nama adalah Stellar yang bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia.

Stellar mahu dijadikan inspirasi

Setiap anggota ahli kumpulan ini yang dianggotai Farisa, Hany, Hasya dan Sheena mengharapkan orang ramai menerima hasil karya yang mereka akan tampilkan sekaligus menjadikan ia sebagai inspirasi.
"Sasaran pertama kami adalah lebih kepada para remaja dan wanita yang sedang mencari identiti tersendiri, terutamanya mereka yang ingin berpijak dengan kaki sendiri dalam meniti kehidupan yang semakin dewasa.
"Harapan kami, tentunya kami mahu orang ramai khususnya pencinta muzik di Malaysia menerima hasil karya yang kami tampilkan dan menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dalam pelbagai situasi kehidupan.
"Selain itu, kami mahukan karya kami dijadikan sebagai sumber hiburan dan diterima oleh masyarakat dan pastinya kami mahu Stellar bertahan dan berjaya dalam industri hiburan," kata Farisa mewakili Stellar.

Dolla, De Fam idola Stellar

Dalam pada itu, Stellar akui beberapa kumpulan wanita lain telah berjaya mencipta nama, pada masa sama, ada juga yang sedang mendaki populariti. Namun mereka melihat perkara itu sebagai satu pencetus semangat untuk turut berjaya di persada hiburan tanah air.
"Kita sedia maklum dengan kumpulan-kumpulan wanita yang sudah bertapak di Malaysia seperti Dolla, De Fam dan lain-lain. Kami melihat kejayaan mereka sebagai satu inspirasi agar tidak berputus asa. Kami juga berpegang pada prinsip 'kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?'.
"Segala cabaran dan rintangan yang mungkin akan berlaku, kami akan jadikan ia sebagai 'guru' yang mengajar dalam memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik," kata Farisa lagi.

Apa uniknya Stellar?

Dalam pada itu, Hany pula berkongsi keistimewaan serta keunikan mereka sebagai artis baru yang ingin ke depan dalam industri.
"Kami adalah kumpulan yang betul-betul baru, bak kata orang masih 'fresh' lagi. Jadi, kami berani dan yakin untuk berhadapan dengan perjalanan yang tentunya mempunyai pelbagai dugaan, kita tahu, untuk menjadi penyanyi, bukan semuanya indah belaka.
"Selain itu, kami juga bersedia untuk menerokai pelbagai perkara baru tentang industri hiburan ini serta menerima teguran seandainya kami ada melakukan kesalahan. Untuk imej kami sebagai artis berkumpulan pula, tentunya setiap antara kami setia dalam persahabatan walau apa jua keadaan," katanya.
Berita baik untuk anda semua, Stellar akan muncul dengan single sulung mereka yang berjudul Where You Wanna Go tidak lama sahaja lagi.
"Kami akan melancarkan single pertama pada bulan November ini, tidak hanya satu lagu itu sahaja, kami pastinya akan bekerja keras dalam menghasilkan lagi banyak karya pada masa akan datang,” tambah Farisa menutup bicara.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.