HIBURAN
Ada ‘Makcik’ Tak Kenal Fasha Sandha, Siap Nak Kenenkan Dengan Cucu - “Sampai Ke Sudah Tak…”
Perkongsian video pelakon Fasha Sandha di Tiktok memperlihatkan dia sedang mempromosikan gerai makanan milik sepupunya menarik perhatian netizen.
Nak jodohkan dengan cucu
Apa yang menarik perhatian apabila terdapat seorang wanita berusia menegur Fasha dan mahu menjodohkan cucunya dengan aktres itu.
Menerusi video tersebut, wanita tersebut tidak mengenali Fasha sebagai seorang selebriti.
“OMG asalnya nak buat konten nak tolong promosi kedai sepupu saya di Jalan Ampang Ipoh, tiba-tiba ada makcik comel nak kenenkan dekat cucu.
“MasyaAllah. Comellah! Makcik sampai ke sudah tak kenal kita. Kepada cucu atau keluarga makcik ni, kirim salam sayang dan tolonglah komen di sini,” kongsinya.
Menyakat makcik
Malah, Fasha sempat menyakat wanita itu dengan mengatakan usianya baru 18 tahun dan masih belajar serta memohon doa untuk ditemukan jodoh yang baik.
“Belum kahwin, baru 18 tahun… masih belajar. Doakan saya dapat jodoh yang baik macam suami makcik,” sakat Fasha.
Rata-rata netizen terhibur melihat aksi mesra Fasha dengan wanita tersebut dan memuji sikap isteri kepada aktor Aidil Aziz itu seorang yang merendah diri.
@nurfashasandha OMG, I originally wanted to create content to help promote my cousin's shop in Jalan Ampang Ipoh, but suddenly there was a cute aunt who wanted to be with her grandson. God willing. It's cute!! My aunt doesn't know us anymore. Dear grandchildren or my aunt's family, send greetings and please comment here. Today is the sweetest day ❤🫶😇😍@ dwarungkarikari @ idadanialths 🌸♬ original sound - Fasha Sandha
Must-Watch Video