Pelakon Jasmin Hamid mengatakan ada sesetengah pihak yang bercakap buruk mengenai dirinya dan anak lelakinya, Haziq Macquistan yang kini mula menjinakkan diri dalam dunia lakonan.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Sayang, ada orang membawang pasal kita, biarkan saja sebab ia hanya sepanjang lidahnya saja.
"Ramai lagi yang support dan doakan untuk kita, orang yang positif saja, kita kawan okay.
"Ibu tau anak ibu seorang yang kuat semangat dan sentiasa positif, rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Jasmin dan memberikan sokongan kepada mereka berdua.
Jasmin mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.