Skip to main content

Hiburan

Fazley Yaakob Pertahan Aina Abdul, Tegaskan 'Busana Shaming' Sama Seperti Body Shaming

Fazley Yaakob Pertahan Aina Abdul, Tegaskan 'Busana Shaming' Sama Seperti Body Shaming

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob tampil mempertahankan Aina Abdul daripada jenaka yang mengkritik busananya di sebuah majlis berprestij.
  • Fazley menegaskan Aina adalah nama penting dalam industri muzik tempatan dan mengingatkan agar lawak tidak menyentuh penampilan secara negatif.
  • Beliau juga mencadangkan agar pencapaian Aina di pertandingan antarabangsa diangkat sebagai contoh penghargaan terhadap bakat anak seni tempatan.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil mempertahankan penyanyi, Aina Abdul selepas timbul jenaka yang menyentuh penampilan busana penyanyi itu di sebuah majlis berprestij pada Sabtu. 

Menerusi satu hantaran di Threads, menegaskan Aina merupakan antara nama penting dalam industri muzik tempatan dan wajar dihargai atas sumbangan serta bakat yang dimilikinya.

Advertisement

"Aina Abdul tetap nama penting untuk industri muzik tempatan.

"'Kalau tak ada tak apalah' bukan caranya untuk menjentik urat ketawa hadirin. Busana shaming sama sahaja macam body shaming apabila melibatkan dirinya.

"Zaman lawak kurang cerdik dah berlalu. Let's move on dengan lawak yang ada kebijaksanaan sedikit. Boleh ke?" tulisnya.

Advertisement

Fazley turut mencadangkan agar pencapaian Aina di pertandingan antarabangsa baru-baru ini diangkat sekali gus membawa mesej tentang kepentingan menghargai anak seni tempatan.

"Tahniah Aina Abdul! Tak kisahlah tempat keempat, asalkan bukan empat tahun sekali baru kita buat anugerah untuk hargai bakat anak seni sendiri," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Fazley.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement