Skip to main content

Hiburan

Keluarga Makin Bertambah! Eyra Hazali Umum Kehamilan Anak Keempat

Keluarga Makin Bertambah! Eyra Hazali Umum Kehamilan Anak Keempat

Sekilas

  • Eyra Hazali dan suaminya, Haziq Nadzli, bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.
  • Berita kehamilan itu dikongsikan Eyra menerusi satu hantaran di Threads dengan video menunjukkan imbasan bayi dan alat ujian kehamilan.
  • Eyra dan Haziq sudah dikurniakan tiga anak lelaki hasil perkahwinan mereka sejak 2019.
Advertisement

Pelakon, Eyra Hazali dan suaminya yang juga pemain bola sepak, Haziq Nadzli berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Eyra atau nama lengkapnya, Hazirah Qasdina Hazali menerusi satu hantaran di Threads.

Advertisement

"Surprise," tulisnya ringkas.

Dalam video yang dimuat naik, Haziq dilihat menarik perhatian tiga cahaya mata lelaki mereka sebelum menunjukkan imej imbasan bayi serta alat ujian kehamilan sebagai tanda bakal menerima ahli keluarga baharu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilan Eyra dipermudahkan.

Advertisement

Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie dan Muhammad Hud Ezqandar.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement