Sekilas
- Khairul Aming berkongsi perubahan positif selepas berjaya kurangkan berat badan yang memberi kesan baik pada fizikal dan kehidupan harian.
- Beliau rasa lebih bertenaga, tidur lena, dan lebih selesa dengan badan yang semakin sihat.
- Rutin beliau termasuk angkat berat, berjalan 10,000 langkah sehari, tidur cukup, jaga pemakanan, dan minum air kosong 3-4 liter setiap hari.
Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming berkongsi perubahan positif yang dialaminya selepas berjaya mengurangkan berat badan.
Menerusi perkongsian di Threads, Khairul Aming memaklumkan bahawa perubahan itu bukan sahaja dapat dilihat dari segi fizikal, malah ia turut memberikan kesan positif terhadap kehidupan hariannya.
“Hidup rasa lain bila badan dah mula berubah. Jalan tak semput, tidur lena, baju senang shopping, duduk kurang bongkok, kepala rasa ringan,” tulisnya.
Berkongsi mengenai proses tersebut, Khairul Aming memaklumkan bahawa banyak rutin yang dilakukan untuk mengurangkan berat badan termasuklah seperti melakukan latihan angkat berat, brisk walk 10,000 langkah sehari serta memastikan mendapat tidur yang mencukupi.
“Weight lifting, brisk walk 10,000 langkah, tidur selama tujuh, jaga makan dan minum air kosong 3 hingga 4 liter setiap hari,” tambahnya.
Sumber: Threads