Berita

Ada Peningkatan Positif, Suami Abby Abadi Perkenal Nama Anak

gempak
Syafiqah Jalal
04/10/2019
09:32 MYT
Sponsor Banner
Ada Peningkatan Positif, Suami Abby Abadi Perkenal Nama Anak
Suami kepada Abby Abadi, Faizal Zakaria memperkenalkan nama bayinya yang kini masih berada di Pusat Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada hari ketujuh kelahiran.
Diberi nama Muhammad Danial Firman, Faizal memberitahu ia membawa maksud yang sangat indah.
“Day 7, Baby D dah ada nama. Muhammad Danial Firman Faizal membawa maksud yang sangat indah
“Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat... Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur,” tulisnya.
Faizal berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut Faizal memuat naik fotonya bersama Abby yang sudah dibenarkan pulang.
Bercerita mengenai perkembangan bayi mereka, Faizal memberitahu anaknya itu menunjukkan peningkatan positif, malah pendarahan paru-paru yang dialami sudah pun semakin pulih.
“Semalam Abah tak tulis apa-apa pun sebab tak sihat, tiba-tiba demam
“Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam....
“Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang....abah dan mama rindukan Baby.
“Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu...sempat berbual-bual dengan doktor, Baby Danial ada peningkatan positif...pendarahan paru-paru pun dah tak ada..
“Syukur sangat...Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.
“Malam ni, Insya-Allah abah datang jumpa Baby lagi ya... Abah rindukan Baby Danial... Abah sayangkan Baby...,” luahnya lagi.
Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan.
Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Day 7, Baby D Muhammad Danial Firman Faizal indah nama dengan maksud yang indah . Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat...Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur . Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam . Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam.... . Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang....abah dan mama rindukan Baby. . Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu...sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif...pemdarahan paru2 pun dah tak de...syukur sgt2...Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial. . Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya...abah rindukan Baby Danial...Abah sayangkan Baby... . Moga Baby terus sihat, terus kuat....ramai yang tak sabar nak jumpa Baby... . Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui...Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya . #muhammaddanialfirmanfaizal
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live