Laman Utama

“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat

gempak
Mya Amri
25/06/2022
07:03 MYT
Sponsor Banner
“Ada Pregnant Tag, Perut Besar Pun Buat Tak Nampak” - Ibu Hamil Kecewa Kena Berdiri, Pengguna LRT Selamba Duduk Priority Seat
Seorang ibu yang sarat hamil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pengguna tren pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT).
Menerusi perkongsian tular di akaun TikTok, wanita hamil dikenali sebagai Rose menunjukkan video pendek merakamkan sikap pengguna yang mengabaikan golongan ibu hamil.
Lebih mengecewakan apabila tempat duduk zon keutamaan terhadap golongan memerlukan yang ditetapkan oleh pihak LRT seolah-olah dipandang sepi oleh pengguna.
“Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat.
“Penat tau hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian,” tulisnya.
@ohroseeeee Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tauu hari hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian ?? #priorityseat #firsttimemommy #notmeonly #penat #fyp ♬ original sound - ipannnn
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata ibu hamil bersetuju dengan luahan Rose dan berkongsi situasi sama yang dihadapi mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024