Laman Utama
Ada Sebab Intan Ladyana Bawa Suami Bersama Ke Langkawi, Geram Dituduh Honeymoon - "Kang Kata Bodoh... Marah"
Pelakon Intan Ladyana tampil menjelaskan salah faham netizen mengenai keberadaannya bersama suami, Harris Alif kini di pulau peranginan, Langkawi.
Jelas Intan, dia kini berada di Langkawi bagi menjalani penggambaran sebuah drama dan membawa suaminya bersama untuk membantunya.
"Apa bezanya kalau bawa PA (pembantu peribadi) atau pengurus atau keluarga untuk menolong saya shooting kat Langkawi? Bawa orang lain boleh je.
"Kenapa kalau bawa suami jadi satu isu? Siapa nak drive-kan saya? Siapa nak bawa beg saya atau belikan makanan untuk saya? Saya tak boleh guna runner untuk kegunaan peribadi," jelas Intan menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Justeru, Intan menasihati pengguna media sosial terutamanya Twitter agar menyelidik sebelum membuat sebarang dakwaan tidak berasas.
"Kasihan, nak bash orang tapi tak buat research. Kang kata bodoh... marah," tambahnya.
Terdahulu, menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter, individu berkenaan berkongsi foto pasangan terbabit berada di sebuah restoran terkenal di Langkawi.
Dalam koleksi foto sama, pengguna terbabit turut memuatnaik gambar pasangan pengantin baru, Neelofa dan Haris Ismail yang turut singgah di lokasi berkenaan.
Tulis pemilik akaun itu; "Oh honeymoon."
Sementara itu, menerusi kemaskini akaun Instagram Intan, dia kini berada di Langkawi untuk tujuan penggambaran drama berjudul Hari Kita Jadi Cinta sejak dua minggu lalu.
Intan dan Harris telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Must-Watch Video