Laman Utama

"Ada Suruh Saya Tidur Menonggeng Terbalik" - Shakilla Khoriri Kena Ketumbit! Netizen Usik Intai Siapa Tu?

gempak
Gempak
03/06/2022
08:28 MYT
Sponsor Banner
"Ada Suruh Saya Tidur Menonggeng Terbalik" - Shakilla Khoriri Kena Ketumbit! Netizen Usik Intai Siapa Tu?
Pelakon Shakilla Khoriri, 27 terpaksa mengambil cuti berehat selama dua hari ekoran kejadian matanya terkena jangkitan kuman dan menyebabkan ketumbit di bahagian mata kanannya.
Syakilla memberitahu, kejadian berlaku ketika dia bangkit dari tidur pada 28 Mei yang lalu.
Menurutnya, secara tiba-tiba dia tersedar terdapat sakit baki ‘make-up’ yang masih tertinggal di bahagian mata sebelum dia membersihkanya.

“Pagi tu saya bangun tidur lepas tu terperasan yang masih ada make up dekat mata, macam ‘eye-liner’ kot, then saya bersihkan sampai hilang

“Lepastu tengah hari macam tu saya rasa dah tak selesa dekat mata dan macam ada ketulan kecil.

“Mulanya saya ingat tu jerawat dan anggap tu perkara biasa lalu membiarkan” ujarnya.

Jelasnya, keadaan menjadi lebih serius apabila ketulan yang pada mulanya kecil, kemudian membesar sehingga menutup mata kanan menyebabkan penglihatan Shakilla terganggu.

“Lepas dua hari macam tu, saya tengok ketulan tu makin besar, sampai tertutup mata saya dan kepala saya mula pening.

“Sampai saya memandu pun terpaksa guna sebelah mata dan terpaksa sengetkan kepala sebab susah untuk saya memandu menggunakan sebelah mata.
“Lepastu saya dah mula risau dan terus pergi ke klinik untuk jumpa doktor.
“Doktor bagi tahu yang ini memang ‘infection’ dari kesan solekan saya yang tertinggal tempoh hari.
“Doktor suruh saya buat pembedahan kecil untuk buang nanah tapi saya tak nak sebab saya takut.
“Saya suruh Doktor bagi ubat sahaja untuk kurangkan bengkak di mata” kata Shakilla.
Pelakon drama Papa Ricky tersebut sempat berkongsi keadaan matanya di platform Instagram milliknya dan menerima beberapa petua aneh daripada netizen.
“Ada yang suruh tutup mata guna tangan kiri lepastu lalukan tangan ke belakang kepala sambil selawat dan usap.
“Ada juga yang suruh saya tuam mata dengan benda-benda sejuk, contoh letak sudu besi atas mata.
“Paling kelakar ada yang suruh saya tidur menonggeng terbalik! Aku ni bukan gimastik tau” sambil tertawa kecil.
Shakilla juga sempat diusik rakan selebriti yang lai.
“Kau intai siapa mandi kila? “ usik Ramona Zamzam
“Intai siapa?” Usik Zara Zya.
Difahamkan, mata Shakilla kini kembali pulih dan bengkak di matanya beransur surut selepas berjumpa Doktor.
Shakilla sudah kembali keluar berkerja semula dan memulakan rutin hariannya seperti biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live