,
Laman Utama

"Ada Susah Berjalan Sekarang Dah Aktif Balik" - Tya Arifin Sebak, Turun Sendiri COD Jamu

Amri Hassan
01/10/2022
12:25 MYT
Pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin membuat kejutan terhadap pelanggan jamu Mutyara apabila dia sendiri turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).
Tya, 28, atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, dia juga terharu dan sebak apabila dapat berjumpa dan mendengar secara langsung maklum balas diberikan pengguna.
"Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan Mutyara. Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.
"Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka. Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga.
"Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu Mutyara yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.
"Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka," katanya.
Menurut Tya yang juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid, disebabkan itu dia dihujani permintaan untuk meneruskan sesi itu di beberapa lokasi lain pula.
"Ada pelanggan Mutyra yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu. Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan Mutyara dia dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.
"Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka. Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. Insya-Allah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni