Gaya Hidup

Ada Tak Cukup Kelengkapan, Ada Anak-Anak Ditinggalkan, Ada Penat Dan Keletihan, Inilah Antara Hero Kita!

gempak
Badrul Hashim
27/03/2020
08:27 MYT
Sponsor Banner
Ada Tak Cukup Kelengkapan, Ada Anak-Anak Ditinggalkan, Ada Penat Dan Keletihan, Inilah Antara Hero Kita!
Pelbagai reaksi dan kata-kata rayuan dan permintaan yang cukup mudah daripada barisan hadapan (frontliners) kita.
Mereka bertungkus lumus untuk memastikan kita dan keluarga kita berada di dalam keadaan selamat dan mereka pula mempertaruhkan nyawa mereka.
Dr. Ahmad Elmalizi
Assalamualaikum. Saya Ahmad, pegawai perubatan di pejabat kesihatan daerah Bentong. Bersama saya pasukan pemeriksa kesihatan untuk hari ini di Masjid Janda Baik, Pahang.
Alhamdulillah kami hari ni telah selesai buat pemeriksaan skala besar melibatkan 123 orang. Percayalah, ianya bukanlah sesuatu yang senang untuk saring dan ambil sampel seorang demi seorang. Namun, Tuhan yang menjadikannya mudah, alhamdulillah.
Jadi, saya merayu kepada rakyat Malaysia agar patuh kepada perintah kawalan pergerakan, jaga diri dan keluarga anda, terutama orang tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan mereka yang ada sakit kronik.
Yakinlah kita mampu mengatasi wabak ini dengan izin Allah. Selamat bekerja kepada semua petugas perubatan dan barisan hadapan.
Dr. Mogan Naidu
Tanpa semboyan berbunyi, tentera tak boleh Bersedia untuk mempertahankan kawasan mereka. Begitu jugalah keadaanya hari ini, kami masih sedaya upaya Cuba untuk tidak menghancurkan impian pesakit untuk diselamatkan daripada Amputasi tanpa menutup klinik.
Tanpa mempunyai alat kelangkapan Perubatan yang sesuai (PPE), tanggungjawab harus disempurnakan. Ini bukan kedai bundle nak tutup sesuka hati.
Team kami sanggup memakai baju hujan dan shower cap yang dibeli di kedai runcit berhampiran untuk membolehkan kami merawat pesakit, terutamanya pesakit Luka Kencing manis kronik.
Bukan sahaja doktor tetapi jururawat, pembantu doktor, pembantu klinik, semuanya ada keluarga dan ketakutan dalam hati, cuma tak tunjuk sahaja. Amat terharu sikap staff saya semua, hanya tuhan dapat membalas jasa mereka semua, kalau untuk gaji sahaja mereka takkan mengadai nyawa.
Kami berharap semua ahli keluarga pesakit, Pesakit sendiri, Penjaga Pesakit, Kawan Pesakit, Saudara Pesakit, JUJUR dengan kami dan jangan sesekali melanggar arahan Kerajaan.
Walaupun anda pergi dressing di faciliti lain, klinik rakan-rakan saya, atau mana-mana pun, tolonglah, saya merayu agar anda tahu mengenai kuarantin dan bagaimana untuk mengawal Covid- 19 sebelum ianya menghancurkan harapan ramai lagi pesakit di Malaysia.
Kepada semua wira-wira negara yang tercinta, terima kasih kepada anda semua. Bangsa Malaysia harus Bersatu dan Berganding Bahu antara satu sama lain untuk kukuhkan rumah kita, negara kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Shuvina Chuvi
Ketika ini pukul 5:00 pagi dan saya masih berjaga. Bertugas shif malam di Hospital Permai, Johor Bahru.
Staf Frontliner dalam keadaan 'berperang' dengan virus Covid. Penat dan kelaparan. Makan Maggi cup je lah.
Dr. Praveena Kaur
Saya Dr. Praveena Kaur dan ketika ini bertugas di Bahagian Kecemasan, Hospital Teluk Intan. Berada di bahagian ini, saya berdiri sebagai salah seorang fronliners.
Situasi sekarang tidaklah begitu menggembirakan tetapi kami sesekali tidak akan putus asa sehingga ke akhirnya.
Kami sebagai doktor akan terus berdiri teguh untuk melawan pandemik ini. Jaga diri, basuh tangan anda dengan kerap dan selalu minum air. We stay at work for you, you stay at home for us!
Dr. Sheril Hazel
Hai, saya Dr. Sheril Hazel, Medical Officer, Dermatology, Hospital Sg Buloh.
Kebiasaannya, saya hanya memperkenalkan diri saya sebagai Hazel, ibu kepada tiga cahaya mata yang comel, seorang isteri yang penyayang, seorang anak yang baik dan seorang doktor yang berdedikasi.
Tetapi hari ini, dalam keadaan krisis kesihatan yang melibatkan negara, saya perkenalkan diri sebagai doktor terlebih dahulu, dan bertugas untuk rakyat di negara ini adalah keutamaan saya.
Hari ini, saya menyertai rakan-rakan saya sebagai frontliner dalam peperangan menentang Covid- 19. Kata mereka, Covid- 19 adalah virus yang tak mengenal rintangan, begitu juga dengan kami!
Untuk rakyat Malaysia yang tercinta, pastikan anda duduk di rumah untuk kami, dan biarkan kami bekerja untuk anda. Insya-Allah, kita akan laluinya bersama-sama.
Dr. Caylie Ong
Saya Dr. Caylie Ong, MO, Cardiology Department, Institu Jantung Negara. Masa yang sungguh mencabar, tetapi begitu juga dengan kami. Sebarkan rasa cinta dan tenaga yang positif ketika kami melawan pembunuh yang bernama Covid- 19.
Kita harus membantu antara satu sama lain. Kita haru melaluinya. Jika anda sakit atau mempunyai simptom, segeralah mendapatkan rawatan.
Jangan menipu, jangan sorokkan. Jadikannya satu tanggungjawab. Bantu kami untuk membantu anda. do not lie, do not hide.
Dr. Tan Chze Aun
Hi. Dr. Tan here, saya akan memulakan tugas malam (graveyard shift) di bahagian Kecemasan, Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Sebagai pegawai perubatan yang begitu lama berada di sini, saya tidak pernah menyangka akan berdepan dengan pandemik pada skala ini.
Tipulah kalau saya katakan saya tidak berasa takut dan gementar dalam keadaan sekarang ini, terutamanya ketika saya perlu memakai PPE penuh untuk bertemu dengan mereka yang disyaki di bilik decontamination, atau berasa paranoid tentang mereka yang tidak memberitahu perkara sebenar mengenai sejarah perjalanan mereka atau jika mereka ada bertemu dengan mereka yang positif.
Walau apapun, saya ingin mengucapkan agar sentiasa berhati-hati kepada semua pegawai-pegawai hospital yang bertugas menghadapi bencana yang sungguh hebat ini. Semoga Tuhan bersama-sama kita dalam situasi yang mencabar ini.
Dr. Farah Latiff
Assalamualaikum and salam sejahtera. saya Dr. Farah, pelatih ED di HUKM. Saya adalah ibu kepada lima orang cahaya mata dan yang paling bungsu berumur enam bulan. Saya mempunyai ayah yang sedang dalam proses pulih daripada lymphoma dan kedua ibu bapa saya berumur lebih 65 tahun. Suami saya ketika ini bertugas di luar negara sudah lebih etahun.
Di tempat kerja saya adalah frontliner. Di rumah saya adalah ketua keluarga. Saya memohon agar rakyat Malaysia duduk di rumah, kerana saya tidak boleh.
Saya memohon rakyat Malaysia untuk sama-sama melawan. Ini adalah 'peperangan' bersama tetapi tugas anda lebih mudah daripada saya. Anda hanya perlu duduk di rumah.
Dan jika anda perlu datang ke hospital untuk sebarang bantuan, tolong jangan simpan informasi tentang perlancongan anda atau jika anda ada kontak terdekat yang positif atau disyaki positif.
Kami di sini bukan untuk menghakimi atau menghukum anda. Kami di sini untuk membantu anda dan semua.
Jika seorang sahaja yang menipu, ianya akan meruntuhkan separuh daripada pasukan kami, jadi tolong dan tolonglah beritahu informasi yang betul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live