Laman Utama
Ada Vibe KRU, Norman Puji Fuzzy! - "Ramai BBNU Tiada Identiti Muzik Sendiri"
Ketua Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim memuji bakat penyanyi baharu iaitu Fuzzy kerana telah menghasilkan debut berjudul Lepaskan yang mempunyai tarikan tersendiri.
Menurut Norman, susun atur muzik lagu Fuzzy yang diinspirasikan daripada KRU itu seperti 80-an disko dan bukan stail susun atur muzik KRU.
"Cuma yang lebih kurang sama dengan KRU cara nyanyiannya, ada R&B dan rap. Muzik 80-an dan 90-an ini memang popular sebab Bruno Mars, The Weeknd dan Justin Bieber pun ikut stail sama.
"Bagus Fuzzy cipta lagu sendiri untuk mendapatkan kelainan sebab ramai Budak Baru Nak Up (BBNU) tak boleh bezakan identiti muzik masing-masing.
"Terima kasih ada generasi baharu yang masih menghargai KRU dan dijadikan sebagai inspirasi," kata Norman.
Sebagai informasi lagu Lepaskan adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Fuzzy atau nama penuhnya, Nik Ahmad Fazrul Fitri bin Lokman.
Manakala gubahan muzik oleh Wan Saleh dan Rasyid Amir sebagai pengarah muzik video.
Lepaskan boleh ditonton di saluran YouTube New Age Music Malaysia dan distrim di semua penstriman digital muzik.
Must-Watch Video